CEO NFDP Jawab Pendedahan Syed Saddiq Isu AMD

Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan mengenai kelemahan penyelenggaraan dan kekurangan kemudahan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman,

Berikutan pendedahan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar tampil membuat kenyataan berhubung beberapa perkara.


Melalui akaun Twitter peribadi miliknya Sariful memuji tindakan pro aktif Syed Saddiq, dan menekankan semua isu yang didedahkan oleh menteri tersebut sebenarnya menjurus kepada keperluan dana selepas AMD disiapkan.

Permulaan

Mendedahkan perkara sebenar, Safirul berkata AMD hanya diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan pada penghujung Mac 2018.

Tarikh serahan tersebut adalah selepas beberapa penangguhan yang pada asalnya dijadualkan pada September 2017.

Dan selepas diserahkan, AMD menempatkan dua kakitangan sahaja yang terdiri daripada seorang pengurus, dan seorang pembantu tadbir.

Safirul menjelaskan hanya dua kakitangan ditempatkan, selepas mengambil kira faktor kewangan.

Tugas utama dua kakitangan tersebut ialah untuk menguruskan pelatih di asrama dan juga hal-hal berkaitan penyelenggaraan premis AMD.

Tanggungjawab siapa?

Safirul turut menggarikan lima watak utama di dalam isu ini.

Pertama ialah kontraktor utama projek, iaitu MMN Bina. Kedua ialah pengurus projek yang merupakan Jabatan Kerja Raya. Ketiga ialah ‘client’ atau pemilik projek iaitu Bahagian Pembangunan KBS.

Manakala watak keempat ialah unit yang bertanggungjawab menyelenggara AMD iaitu Bahagian Harta MSN. Watak kelima ialah NFDP sendiri sebagai pengguna kemudahan di AMD.

Perkara di atas perlu dijelaskan supaya semua pihak tahu setiap peranan dan tanggungjawab pihak terbabit sebelum menuding jari.

Proses NFDP

Safirul berkata sebagai permulaan hanya pelatih Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sahaja yang dipindahkan ke kompleks AMD sejak April 2018 yang lalu.


Manakala pelatih Tingkatan 1 & 2 kekal di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Proses pemindahan pelatih turut dibantu oleh ibu bapa yang tampil membantu dengan aktiviti gotong-royong.

Pada masa yang sama, staff pentadbiran yang dilantik tadi mulai menyenaraikan semua kerosakan untuk perhatian pihak berkenaan.


Safirul turut berkata setiap kerosakan yang berlaku dalam tempoh dua tahun bermula April 2018 ditanggung oleh kontraktor utama.

Beliau turut mengesahkan tender untuk mendapatkan peralatan gimnasium turut telah dilakukan. Namun Sariful mendedahkan masalah kewangan KBS, MSN dan ISN menyebabkan kelewatan proses tender dilakukan sekaligus turut mempengaruhi aspek pentadbiran AMD yang lain.


Safirul berkata di sebalik segala kekurangan, NFDP dengan bantuan ibu bapa tetap melakukan sebaik mungkin untuk meneruskan operasi harian mereka.

Mengenai keadaan padang yang digenangi air, Safirul menjelaskan hanya satu padang rumput tiruan sahaja digenangi air apabila hujan.


Beliau turut mengesahkan lain-lain padang berada di dalam keadaan sangat baik.

Mengenai keselesaan di asrama, pemakanan, logistik, dan perkara-perkara berbangkit seperti kemudahan internet dan wifi, komputer riba dan sebagainya, Safirul mengakui perkara itu sukar untuk diselesaikan oleh NFDP.


Ini adalah kerana perkara itu memerlukan campur tangan pihak atasan untuk membekal setiap keperluan. Namun beliau mengakui kontraktor perlu bertindak lebih pantas dalam melakukan kerja penyelenggaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN