CEO KRW Letak Jawatan, Turut Jelaskan Isu Antara Pihaknya Dengan KAFA

Fazli Mohammad, KRW

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Red Warriors (KRW) dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Fazli Mohammad telah melepaskan jawatannya serta merta, hari ini.

Ia berikutan terdapat masalah dalaman dan juga tiada kesepakatan antara pihaknya dan juga KAFA membabitkan isu kewangan.

Dipetik daripada Berita Harian, Fazli berkata, selepas termeterai perjanjian antara KRW dan KAFA pada 24 Januari yang lalu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan wajib menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada KRW berhubung beberapa perkara.

Ianya termasuklah akaun bank, buku cek, dokumen berkaitan kontrak pemain, kontrak penajaan, hutang dan tunggakan gaji bekas pemain seperti mana tercatat dalam perjanjian.

“KRW sedar segala proses penyerahan pasti mengambil masa bergantung kepada selaju mana pihak Bibi Ramjani dan KAFA menguruskan segala dokumen untuk penyerahan kuasa.

“Saya juga pernah tegaskan dalam satu pertemuan bertarikh 6 Mac bersama Bibi Ramjani, Timbalan Presiden KAFA Datuk Affendi Hamzah, Naib Presiden KAFA, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir yang mana saya akan menarik diri dan membatalkan perjanjian yang ditandatangan kerana sudah tidak boleh berkompromi dengan sikap acuh tak acuh dan sikap sambil lewa serta tidak serius KAFA dalam penyerahan kuasa dan dokumen-dokumen seperti yang diminta,” jelasnya.

Selain itu, Fazli turut mendedahkan pihaknya juga telah meminjamkan sejumlah wang kepada KAFA bagi tujuan pembayaran gaji pemain menggunakan cek akaun syarikatnya.

“Selepas itu, KAFA mengatakan segala hutang lama dan gaji pemain yang sedia ada perlu dituntut dengan KRW sedangkan mereka belum menyerahkan segala dokumen dan akaun bank yang masih dikuasai Bibi Ramjani Ilias.

“Tanpa akaun bank dan tanpa buku cek syarikat, semestinya tiada kemasukkan wang dan pembayaran dapat diselesaikan yang pasti ia (KRW) tetap dipersalahkan demi menutup kelemahan pihak lain,” tambahnya lagi.

Disamping itu, Fazli turut mendedahkan yang pihaknya turut membelanjakan RM400,000 bagi menguruskan pasukan Liga Premier Kelantan dalam tempoh dua bulan ini.

Diakhir kata, Fazli turut mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat pengurusan KAFA.

“Selamat maju jaya buat pengurusan KAFA, InsyaAllah pengurusan yang profesional dapat meletakkan kembali skuad Kelantan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan hebat yang lain dalam Liga Malaysia (Liga-M) ini.

“Saya dengan rendah diri meletak jawatan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KRW dan Naib Presiden KAFA berkuat kuasa serta merta,” ujarnya menutup bicara.

Skuad Kelantan baru-baru ini telah dikhabarkan sudah tiga bulan tidak menerima sebarang gaji daripada KAFA dan KAFA pula menunding jari kepada pihak KRW atas masalah ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN