CEO Kedah Jelaskan Jadual Padat Antara 5 Punca Prestasi Turun Naik Pasukan

Khamal Idris Ali Kedah

Pihak pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) telah pun mengambil beberapa tindakan bagi mengatasi masalah prestasi tidak menentu pasukan sejak kebelakangan ini terutamanya di peringkat domestik.

Tersingkir awal dalam kejohanan Piala FA dan menghuni tangga keenam saingan Liga Super bukanlah satu kedudukan yang diharapkan skuad Sang Kenari itu dan pastinya penyokong setia mereka juga mengharapkan perubahan segera dilakukan.

CEO Kedah, Khamal Idris Ali dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan pihaknya cakna dengan maklum balas yang terima, namun semuaya perlu dinilai secara rasional.

Kedah bakal beraksi menentang PSM Makassar dalam aksi separuh akhir Piala AFC Zon Asean pada Selasa ini dan tentunya pihak pengurusan tidak mahu mengambil risiko membuat perubahan drastik agar tidak mengganggu mementum pasukan.

Menurut Khamal, selepas melakukan bedah siasat fasa pertama penilaian pada Jun yang lalu dan  pihaknya telah pun membuat pertukaran pemain.

Antara pemain baharu yang dibawa masuk semasa jendela perpindahan kedua tempoh hari adalah Akmal Zahir serta dua pemain import Sanrawat Dechtmir dan Mahmoud Al-Mardi.

“Hasil daripada penilaian ketika itu dan tindakan yang diambil telah memberi sesuatu yang positif iaitu KDA beraksi cemerlang di pentas Asia dengan menjuarai Kumpulan G seteursnya layak ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC 2022,” ujar Khamal.

“Proses dan tindakan yang diambil membuahkan hasil. Proses penilaian fasa kedua pasca-Piala AFC kali ini akan melalui proses yang sama melalui pendekatan tindakan susulan yang lebih sesuai pendekatannya.”

Berdasarkan penilaian, pihaknya telah menyenaraikan lima faktor kepada prestasi turun naik pasukan yang menjurus kepada keputusan yang tidak konsisten iaitu transisi barisan pemain utama, kecederaan pemain, kesihatan, jadual padat serta pertukaran senarai pemain yang terhad.

“KDA juga positif dan amat berterima kasih dengan pelbagai maklum balas, keluhan dan rintihan kekecewaan semua pihak mengenai prestasi Sang Kenari kebelakangan ini. Ini merupakan petanda positif Sang Kenari sentiasa dekat di hati penyokong,” tambahnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN