Ketua Eksekutif Inter Milan, Giusseppe Marotta membuat kenyataan terbuka tanpa berselindung tentang pendirian pengurusan tertinggi ke atas Radja Nainggolan dan Mauro Icardi.
Giuseppe Marotta kelihatan tidak kisah dengan berita bahawa Juventus berminat untuk mendapatkan Icardi.
Marotta menyatakan 2 pemain tersebut – Icardi dan Nainggolan tidak ada dalam perancangan projek baharu kelab – yang kini diuruskan oleh Antonio Conte.
Menurut Marotta, kedua-dua pemain tersebut sangat berbakat dan pemain yang hebat. Namun ianya tidak cukup untuk meletakkan mereka dalam senarai pemain yang berada dalam perancangan pasukan.
Ini kerana Nainggolan dan Mauro Icardi ada masalah disiplin. Nainggolan musim lalu kerapkali berada di kelab malam – terutama sekali pada tempoh pemulihan kecederaan.
Sementara itu Mauro Icardi pula dilucutkan jawatan kapten kerana cuba mempermainkan kelab dalam isu kontrak. Icardi kemudian merajuk dan tidak mahu terlibat dalam perlawanan Europa League.
Perkara-perkara seperti itu yang membuatkan Antonio Conte merasakan 2 pemain ini tidak berada dalam perancangan beliau. Conte pernah ‘membekukan’ Diego Costa, gara-gara pemain itu mahu berpindah ke China – ketika di Chelsea. Conte tidak gemarkan pemain yang tidak berdisiplin.
Marotta menjelaskan: “Icardi dan Nainggolan? Kedua-duanya pemain yang hebat dan berbakat. Namun itu tidak cukup – dan mereka tidak berada dalam perancangan projek kami.”
“Saya nyatakan perkara ini dengan penuh ketelusan serta rasa hormat. Nainggolan dan Icardi – kedua-dua mereka kami senaraikan dalam bursa perpindahan.”
“Apabila kamu membina sesuatu projek, kamu harus mencari profil yang betul. Kita ada peluang untuk bercakap sendiri dengan pemain-pemain ini.”
“Kita tetap menghormati mereka berdasarkan kontrak. Dan kita jelaskan kepada mereka tentang kedudukan pasukan- yang saya rasa menjadi perkara paling mustahak.”
Marotta on Icardi and Nainggolan: "Talent can win you games, but the squad wins you the league, which is the main objective we are setting out for. They are not part of our project, with all due respect.” https://t.co/A6jAqpVzEk #FCIM pic.twitter.com/knmfgn7F4F
— Football Italia (@footballitalia) July 6, 2019
“Bakat boleh memberikan kamu kemenangan, tetapi pasukan boleh memberikan kamu kejuaraan liga, itu adalah objektif utama yang kita gariskan. Mereka berdua tiada dalam perancangan kami.”
Marotta kemudian menafikan tuduhan Icardi yang mahu menyaman Inter Milan kerana membuli beliau (Icardi) di tempat kerja.
Marotta juga menyerahkan sepenuhnya isu pemilihan pemain pasukan terutama sekali pemain kesebelasan utama kepada Antonio Conte.