CEO Bola Sepak Terima Rasuah Di Utara Tanah Air?

Satu khabar tidak enak dalam industri bola sepak tanah air apabila dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) salah satu pasukan dikatakan telah menerima rasuah.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi media sosial X milik Mohd Redzuan Manap dengan menyatakan CEO kepada persatuan bola sepak di utara itu telah meminta serta menerima rasuah sebanyak RM6 juta.

Tujuan rasuah itu dibuat adalah sebagai balasan membantu seorang individu pemilik sebuah syarikat demi mendapatkan tender pembinaan beberapa projek.

“Minta dan terima rasuah RM6 juta. CEO Persatuan Bola Sepak antara 4 ditahan di utara tanah air.

“Wang rasuah dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air.

“Suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditaha ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi dirakamkan keterangan.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak,” kata beliau.

Malah, Buletin Utama sendiri turut memuat naik berita berkenaan dengan menyatakan perintah reman selama tiga hari telah dikeluarkan oleh Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor terhadap keempat-empat suspek termasuk CEO tersebut di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Pada masa sama, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Buletin Utama turut mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

Sehingga kini, masih belum diketahui CEO tersebut mewakili persatuan bola sepak mana satu di utara dengan tiada sebarang kenyataan rasmi masih dikeluarkan.

Perkara ini boleh dianggap telah mencalarkan imej bola sepak negara yang secara tidak langsung telah terpalit dengan isu tidak bermoral sebegini.

Tatkala industri bola sepak negara kian mendapat perhatian ramai, pastinya segala isu negatif tersebut perlu dielakkan kerana ia hanya memalukan nama sukan tersebut di mata dunia.

Apapun, kami di Semuanya BOLA sendiri masih menunggu pengesahan seterusnya untuk mengetahui identiti sebenar CEO tersebut tanpa mahu membuat sebarang spekulasi menimbulkan fitnah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN