CEO Baru MFL Mampu Selesai Isu Tunggakan Gaji Kelab Liga M

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu Giorgio Pompili Rossi dianggap mampu untuk selesaikan masalah yang kini sedang melanda saingan Liga Malaysia (Liga M).

Terdahulu, bola sepak tempatan seolah ditimpa nasib malang bertubi-tubi selepas ada sahaja kelab bertanding mengalami isu tunggakan gaji yang dianggap cukup merisaukan.

Untuk musim ini sahaja menyaksikan beberapa kelab yang memiliki reputasi besar seperti Kedah Darul Aman (Kedah) dan Kuala Lumpur City (KL City) mengalami masalah kewangan sehingga memberi kesan kepada persiapan semasa.

Tidak cukup dengan krisis melanda, kebanyakan pemain yang terkesan tampil bersama pelbagai perkongsian menyedihkan sehingga kapten Kedah iaitu Sony Norde mengakui terpaksa pergi ke sesi latihan dengsn hanya berjalan kaki sahaja.

Segala permasalahan melanda menyaksikan MFL menjadi tumpuan peminat yang berharap supaya isu tersebut mampu untuk diselesaikan pada masa hadapan.

Apatah lagi kehadiran Rossi sendiri selaku CEO baharu yang ditagih supaya mampu mengembangkan segala idea termampu untuk menangani perkara tersebut secepat mungkin.

Ada juga turut berharap supaya Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) turut campur tangan untuk menyelesaikan segala kemelut melanda sehingga dianggap merosakkan nama baik bola sepak Malaysia.

Walaupun begitu, dilaporkan pihak AFC telah menyerahkan isu tersebut kepada MFL sendiri supaya ia mampu diselesaikan bawah kepimpinan Rossi yang serba berpengalaman.

Jelas Datuk Seri Windsor John selaku Setiausaha Agung AFC, badan pengelola liga itu perlu diberi ruang serta peluang untuk merangka strategi berkesan bagi menangani isu tunggakan gaji.

Malah beliau sendiri melihat Rossi memiliki kredibiliti untuk menyelesaikan kemelut tersebut menerusi pengalaman luas beliau dalam kancah bola sepak profesional sebelum itu.

“Di peringkat AFC, kita hanya boleh memantau masalah yang membelenggu pasukan liga tempatan terutamanya berkaitan tunggakan gaji.

“Saya percaya pelantikan CEO baharu MFL sudah pastinya mempunyai perancangan terbaik dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan Liga Super,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Selain Kedah dan KL City, beberapa lagi pasukan seperti Perak, Sabah, serta Sri Pahang juga dilaporkan turut mengalami masalah kewangan yang menyebabkan ada pemain mengalami isu tunggakan gaji.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN