Cenk Tosun Sertai Crystal Palace Secara Pinjaman

Penyerang antarabangsa Turki, Cenk Tosun telah menyertai Crystal Palace secara pinjaman dari Everton sehingga penghujung musim ini.

Pemain itu telah menjaringkan 118 gol sepanjang 10 tahun karier profesionalnya di tiga liga berbeza di tiga buah negara. Di peringkat antarabangsa, Tosun memilih untuk mewakili Turkey selepas bermain untuk skuad bawah 16 tahun (B-16) dan B-12 negara kelahirannya, Jerman.

Beliau telah membuat penampilan bersama Turki dalam pusingan akhir Euro 2016 dan turut muncul penjaring terbanyak pasukan negaranya dalam kempen pusingan Kelayakan Euro 2020. Setakat ini beliau telah pun menjaringkan 16 gol dalam 40 penampilan antarabangsa.

“Kami berbesar hati untuk mendapatkan khidmat Cenk untuk baki saingan musim ini. Kami telah menikmati separuh pertama musim ini dengan baik dan ketibaan Cenk akan menambah lagi kekuatan skuad untuk mencapai sasaran menamatkan saingan liga di 10 kedudukan teratas.” kata pengerusi kelab, Steve Parish.

“Cenk telah pun membuktikan kemampuannya dengan rekod yang baik selaku peledak berbisa di hadapan gol dan kami telah meminati dia sejak sekian lama. Maka saya mengalu-alukan kedatangannya ke Crystal Palace.”

Tosun mempunyai pengalaman berharga di peringkat domestik. Beliau memulakan kariernya bersama kelab Jerman, Eintracht Frankfurt sebelum berpindah ke kelab Turki, Gaziantepspor. Dalam musim pertamanya di Turki, beliau telah menjaringkan 10 gil dalam hanya 14 perlawanan.

Kecemerlangan beliau di kelab tersebut membolehkan beliau disunting kelab gergasi Turki, Besiktas. Bersama The Black Eagles, Tosun telah menjaringkan 24 gol untuk membantu pasukannya menjulang kejuaraan Super Lig pada musim 2016/17.

Tosun kemudian berpindah ke Everton pada Januari 2018 dan dalam musim pertamanya beliau telah membantu The Toffees menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan dan telah menjaringkan 10 gol untuk pasukannya itu.

Pemain berusia 28 itu akan menyarung jersi nombor 20 untuk Palace dan beliau dilaporkan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Arsenal pada Sabtu ini.

Kredit Foto: Cenk Tosun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN