Sekalipun telah dipecat oleh Manchester United, tiada siapa yang mampu menafikan reputasi hebat yang dimiliki oleh Jose Mourinho dengan rekod kejuaraan yang dimenanginya sepanjang bergelar pengurus di beberapa kelab Eropah.
Setahun yang lalu Tottenham Hotspur bergelut di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mengambil keputusan untuk memecat Mauricio Pochettino dan menggantikannya dengan Mourinho dan kelab utara London tersebut menamatkan musim lepas di tangga ke-6.
Apabila Spurs tewas kepada Everton dalam aksi pembukaan musim ini, pelbagai pihak pastinya masih meragui kemampuan jurulatih warga Portugal itu untuk mengubah nasib kelab berkenaan untuk menjadi salah satu pencabar utama kejuaraan.
Namun, siapa sangka pasukan tersebut kini berada di puncak liga hasil daripada projek revolusi daripada pengendali yang digelar ‘The Special One’ tersebut.
Kejayaan menewaskan Manchester City telah membuktikan beliau adalah pakar taktikal yang memegang prinsip kemenangan tidak terhasil hanya dengan hanya mendominasi penguasaan bola sepanjang perlawanan.
José Mourinho has now beaten Pep Guardiola seven times as a manager:
✅ 1 x Inter
✅ 2 x Real Madrid
✅ 2 x Man Utd
✅ 2 x SpursOnly Jürgen Klopp has more wins against Pep. 👀
SG Week 19th-25th pic.twitter.com/s6RFHMI9du
— William Hill (@WilliamHill) November 21, 2020
Jika diimbas kembali sewaktu Mourinho menjadi pengurus di Old Trafford, hakikatnya beliau tidak pernah mengubah pendekatannya dan ia mengakibatkan beliau sering dikritik oleh penyokong dan beberapa bekas pemain.
Walaupun didakwa tidak menetapkan ‘DNA’ pasukan, beliau tetap berjaya meraih beberapa kejuaraan dengan memenangi Piala Liga, Liga Europa dan Perisai Komuniti.
“Penyokong sepatutnya tahu yang saya telah berikan segalanya untuk United. Saya menang apa yang mampu dimenangi dan saya tidak menang kerana memang pasukan tidak mampu menang,” ujar Mourinho tidak lama selepas dipecat oleh United.
Ditanya adakah beliau mempunyai ‘dendam’ terhadap bekas kelabnya itu, Mourinho menegaskan tiada keperluan untuk perkara tersebut kerana telah menjadi kebiasaan dalam bola sepak untuk pengurus datang dan pergi.
“Dendam? Saya banyak kali menang di Old Trafford sama ada sebagai jurulatih Manchester United mahupun jurulatih pasukan lawan. Jadi nak dendam untuk apa? Tiada siapa yang melayan saya dengan buruk di sana.”
Jose Mourinho vs teams from Manchester in the @premierleague this season:
6-1 against Manchester United
2-0 against Manchester CityThe special one 🔥#TOTMCI pic.twitter.com/qKbiR4qOSS
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) November 21, 2020
Sebahagian pemerhati bola sepak berpendapat kegagalan Mourinho di United adalah disebabkan faktor pemain yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan taktikalnya yang sentiasa berubah setiap perlawanan.
Ianya berbeza apabila beliau mengendalikan Spurs. Tambahan pula beliau berjaya mendapatkan pemain-pemain baharu seperti Vinicius, Gareth Bale, Sergio Reguilon, Matt Doherty dan Pierre-Emile Hojberg yang mampu mengikut rentaknya dengan baik setakat ini.
Beliau telah membuktikan tiada pemain yang lebih besar daripada kelab apabila dengan mudah melepaskan Christian Eriksen kepada Inter Milan sekalipun pada waktu itu keputusan tersebut mendapat kritikan segelintir penyokong.
Ia pastinya dibantu oleh peningkatan prestasi Harry Kane dan Heung Min-son yang menjadi dua serangan paling berbisa di England ketika ini.
Dengan rekod Mourinho yang tidak pernah gagal untuk memenangi trofi bersama setiap pasukan yang dikendalikannya, adakah Spurs akan meraih kejuaraan utama mereka pada tahun ini?
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jose Mourinho:
‘Mungkin Mourinho Itu Doktor’ – Guardiola Jawab Tuduhan Halang Sterling Main Untuk England
Jose Mourinho Sedar Kesilapan Sendiri, Mahu Dirinya Dipersalahkan