Cemerlang Bersama JDT, Benjamin Mora Terima Anugerah Kehormat Mexico

Benjamin Mora

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora diiktiraf negara kelahirannya setelah beliau menerima Anugerah Kehormat Mexico berikutan prestasi cemerlang beliau dalam membimbing kelab gergasi bola sepak tanah air itu.

Pengiktirafan itu bermakna Mora merupakan warganegara Mexico pertama yang tinggal di Malaysia mendapat penghargaan sedemikian dan ia juga dilihat sebagai mempromosikan imej baik negara tersebut di mata dunia.

Menurut sumber JOHOR Southern Tigers, penghargaan buat Mora itu telah disampaikan melalui Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico serta turut dihadiri oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Duta Besar Mexico ke Malaysia, H.E Carlos Felix Corona, para pegawai JDT serta keluarga dan rakan-rakan pengendali berusia 41 tahun itu juga turut hadir pada hari yang memberikan seribu makna buat Mora itu.

Mora memulakan karier kejurulatihannya di Malaysia pada tahun 2016 bermula sebagai pengendali skuad JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke pasukan utama hanya dua hari sebelum saingan Liga Malaysia 2017 dimulakan bagi menggantikan Mario Gomez.

Beliau kemudiannya kembali ke JDT II apabila jurulatih dari Portugal, Ulises Morais dipertanggungjawabkan membimbing skuad utama pada Jun 2017.

Namun, setahun kemudian [Ogos 2018] Mora sekali lagi mendapat peluang untuk membuktikan kewibawaannya selepas dilantik bagi menggantikan Raul Longhi.

Selepas daripada itu, Mora tidak menoleh ke belakang lagi untuk terus menjadikan JDT sebagai kuasa besar bola sepak tanah air dengan menghadiahkan tiga kejuaraan Liga Super berturut-turut serta menjulang trofi Piala Malaysia musim 2019 setelah berjaya menewaskan Kedah pada perlawanan akhir.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai Benjamin Mora:

5 Perkara Positif Benjamin Mora Ketika Mengendalikan Johor Darul Ta’zim

Benjamin Mora: Juara Sentiasa Mahu Akhiri Musim Dengan Nota Kemenangan

TMJ Beri Sebab Kenapa Benjamin Mora Dapat Kontrak Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN