Hasil kajian kumpulan pengkaji bola sepak CIES, pasukan Liverpool dilaporkan mempunyai skuad paling berharga dalam pasaran perpindahan dalam kalangan lima liga utama di Eropah.
Analisis dibuat dengan mengambil 20 orang pemain yang mempunyai nilai tertinggi bagi setiap pasukan.
Dengan anggaran nilai agregat sebanyak €1.4 bilion (RM6.76 bilion), The Reds menduduki tempat teratas dalam senarai mengatasi pesaing di Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan nilai €1.36 bilion (RM6.56 bilion) di tempat kedua.
There's no derby tonight but we've still got some Monday night football action for you…
— Liverpool FC (@LFC) March 16, 2020
EVERY @premierleague goal we've scored at Goodison ⚽️🔴 pic.twitter.com/QVIEOuFEN9
Dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan nilai €1.17 bilion dan €1.1 bilion. Chelsea di tempat kelima sementara Manchester United dan Tottenham Hotspur juga memasuki senarai 10 pasukan teratas.
Kelab Bundesliga, Paderborn pula berada di kedudukan paling bawah dengan nilai €37 juta diikuti Lecce (€38 juta) dan Union Berlin (€46 juta).
Peningkatan nilai pemain Liverpool adalah berdasarkan kejayaan pasukan ini menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lepas selain menambah trofi Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA.
.@LFC at the top of the @CIES_Football rankings for most valuable squad from a transfer value perspective! Six clubs valued at more than €1⃣ billion! Data for all big-5 league clubs ➡️ https://t.co/fuEPOmlocd pic.twitter.com/hGwDazElcQ
— CIES Football Obs (@CIES_Football) March 16, 2020
Pasukan itu turut merekodkan kecemerlangan dalam saingan EPL yang kini hanya memerlukan dua kemenangan sahaja daripada baki sembilan perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
Agak mengejutkan untuk melihat skuad kendalian Frank Lampard yang menduduki tangga kelima dengan nilai €1 bilion sekalipun sebelum ini pasukan tersebut digantung daripada terlibat dalam dua jendela perpindahan.
Bagaimanapun CIES menyatakan ianya adalah faktor peningkatan prestasi pemain-pemain muda yang mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukan itu pada musim ini.
Sementara itu, penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe merupakan pemain paling bernilai dalam pasaran dengan nilai €250 juta.