Cedric Soares Sertai Arsenal Secara Pinjaman

Cedric Soares sah menyertai Arsenal secara pinjaman sehingga akhir musim 2019/2020 dari Southampton, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Arsenal.

Berita perpindahan pertahanan Portugis itu sudah dijangka selepas pengurus Southampton Ralph Hasenhüttl mengesahkan berita tersebut. Ini berikutan perpindahan masuk pertahanan kanan Kyle Walker-Peters – juga secara pinjaman dari Tottenham Hotspur.

Menurut laporan wartawan The Athletic David Ornstein, pinjaman ini dibuat Arsenal kerana tiga sebab:

  1. Mikel Arteta mahu menguatkan pertahanannya dan memberi saingan kepada bek kanan pilihan pertamanya, Hector Bellerin.
  2. Ainsley Maitland-Niles yang menghabiskan majoriti minit permainannya di posisi bek kanan akan kembali memperbanyakkan pilihan di jentera tengah – posisi semulajadinya.
  3. Bersesuaian dengan bajet Arsenal yang kecil selepas berbelanja besar pada musim panas lepas.

Menurut Ornstein lagi, Arsenal mungkin akan menandatangani Cedric secara tetap selepas habis musim ini jika Cedric terbukti menambah kualiti pertahanan The Gunners. Ini kerana pertahanan 28 tahun ini bakal menjadi ejen bebas selepas kontrak lima tahunnya bersama The Saints tamat hujung Jun 2020 ini.

Sejak berhijrah dari Sporting Lisbon, pertahanan kanan Portugal ini mencatat lebih 100 penampilan Premier League bersama Southampton. Untuk skuad Portugal, Cedric sudah mempunyai 33 kaps.

Tonton temuramah rasmi pertama Cedric Soares bersama Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN