Ceballos Mungkin Dipinjamkan Sekali Lagi Ke Arsenal

Dani Ceballos Arsenal Real Madrid

Hasrat Dani Ceballos untuk menyertai Arsenal secara tetap tidak kesampaian selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut dilaporkan hanya akan meminjamnya buat kali kedua dari Real Madrid.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sememangnya diketahui mahu meneruskan khidmat permain berusia 24 tahun tersebut yang telah beraksi di Emirates untuk musim 2019/20 dan berjaya membantu The Gunners merangkul kejuaraan Piala FA setelah menewaskan Chelsea di Wembley.

Menurut sumber dari Guardian, Selepas membuat tiga tawaran kepada Real Madrid untuk membuat pembelian tetap, juara La Liga tersebut enggan menjualnya dan hanya membenarkan Ceballos untuk terus dipinjam satu musim lagi.

Media Sepanyol melaporkan, pengurusan Real berpuas hati dengan prestasi Ceballos sepanjang dipinjamkan, namun ukan lagi rahsia yang Ceballos berkeras tidak mahu kembali bermain di bawah kendalian Zinedine Zidane di Santiago Berbaneu. Sekiranya perpindahan ke Arsenal gagal, beliau mahu kembali ke kelab asalnya, Real Betis.

Baginya bermain dalam kesebelasan utama adalah keutamaan buat dirinya yang mahu tersenarai dalal skuad kebangsaan Sepanyol terutamanya untuk saingan EURO yang akan berlangsung pada tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Arsenal telah memuktamadkan pembelian pertahanan Brazil berusia 22 tahun, Gabriel Magalhaes dari Lille dengan harga £27 juta dengan kontrak selama lima tahun.

Kelab utara London itu juga telah menamatkan kontrak Henrikh Mkhitaryan dan melepaskannya kepada AS Roma selepas meminjamkan pemain tersebut selama semusim ke kelab Serie A tersebut pada musim lepas.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN