Cavani Yakin Akan Kembalikan ‘Keadilan’ Buat Jersi Ikonik Nombor 7 United

Edinson Cavani 7 United

Pemain baharu Manchester United, Edinson Cavani berkata beliau gembira dengan cabaran baharu yang akan dilaluinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yakin mampu mengawal tekanan menyarung jersi ikonik nombor 7 kelab tersebut.

Penyerang Uruguay tersebut tiba di Old Trafford secara percuma dengan kontrak selama setahun selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim lepas.

Apa yang menarik perhatian adalah ‘keberaniannya’ menerima nombor 7 yang sebelum ini pernah disarung oleh beberapa pemain handalan United seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

“Saya tahu apabila mendapat peluang untuk menyarung nombor 7 di United, ianya satu tanggungjawab yang besar,” ujar penyerang berusia 33 tahun itu dalam satu temubual bersama laman web rasmi United.

“Jadi saya harap mampu memberikan keadilan yang selayaknya dan meninggalkannya dengan penghargaan yang tinggi seperti mana kebanyakan pemain hebat lain yang pernah menyarungnya sebelum saya.”

Cavani merupakan penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman dengan 200 gol dalam 301 penampilan dan telah pun merekodkan 341 gol dalam 556 perlawanan sepanjang kariernya. Kini berliau berharap dapat terus cemerlang dan mencapai kejayaan di England.

“Saya cukup bernasib baik kerana dapat berdepan dengan banyak kelab Inggeris sebelum ini, sekarang tiba masanya untuk saya menimba pengalaman bermain menentang lawan EPL setiap minggu. Apatah lagi dapat beraksi untuk Manchester United, ia satu motivasi yang cukup besar buat saya.

“Saya masih ada keinginan yang besar untuk terus bersaing, bekerja keras dan berikan yang terbaik. Jadi saya harap saya dapat melakukan tugasan saya dengan baik bersama rakan-rakan yang lain dan bantu kelab ini untuk menjadi juara.”

Jersi nombor 7 di United kini dianggap ‘puaka’ sejak pemergian Ronaldo dengan beberapa pemain gagal mempamerkan aksi yang diharapkan seperti Memphis Depay, Angel di Maria dan Alexis Sanchez.

Kredit Foto: Football Experts

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Edinson Cavani dan Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN