Cavani Mungkin Dingantung Tiga Perlawanan Kerana Perkataan Perkauman

Edinson Cavani Digantung

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani berdepan kemungkinan digantung perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) membuka kertas siasatan kerana tindakannya menggunakan perkataaan berbaur perkauman di media sosial.

Penyerang berusia 33 tahun itu muncul wira ketika United melakukan kebangkitan untuk menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun telah ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.

Selepas perlawanan, Cavani telah membalas ucapan tahniah dari seorang peminatnya dengan menulis “Gracias Negrito” dalam bahasa Sepanyol yang merujuk ucapan terima kasih kepada seseorang yang berkulit hitam.

Walaupun pemain antarabangsa Uruguay itu telah memadamkan hantaran berkenaan tidak lama selepas dimuat naik, beliau tetap berdepan dengan hukuman di bawah peraturan E3 yang melarang pemain untuk menggunakan bahasa perkauman.

Setakat ini Manchester United masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut dan usaha pihak media untuk mendapatkan respon tidak berjaya.

Bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez yang juga rakan sepasukannya di skuad kebangsaan Uruguay pernah digantung sehingga lapan perlawanan selepas menghamburkan perkataan sama terhadap Patrice Evra pada 2011.

Suarez memberikan alasan beliau tidak tahu perkataan tersebut adalah sensitif digunakan di England kerana ‘negrito’ adalah perkataan yang biasa digunakan di Uruguay dalam konteks tertentu termasuk bagi mereka yang berambut hitam.

Pada September tahun lepas, pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva juga telah menimbulkan masalah sama apabila menggunakan ikon lelaki berkulit gelap di media sosial untuk bergurau dengan rakan sepasukannya Benjamin Mendy.

Walaupun ia dibuat dengan niat bergurau dan Mendy sendiri mempertahankan tindakan Silva, namun beliau tetap didenda sebanyak £50,000 dan digantung satu perlawanan oleh pihak FA kerana kesalahan tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkemabangan bola sepak Inggeris:

United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial, Pogba, De Gea & Shaw

Pep Guardiola: Kami Tak Perlukan Pemain Baharu

Roy Keane: Pemain Arsenal Kelihatan Terlalu Lembik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN