Cavan Sullivan, 14, Pecahkan Rekod MLS Freddy Adu

Rekod 20 tahun lalu telah pun dipecahkan pada hari Rabu baru ini setelah Cavan Sullivan memulakan debut sulungnya buat Philadelphia Union pada usia 14 tahun dan 293 hari bagi menjadi pemain termuda yang tampil beraksi dalam perlawanan Major League Soccer (MLS).

Sullivan berjaya memecahkan rekod yang sebelum ini telah dipegang oleh bekas pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Freddy Adu, yang memulakan debutnya buat D.C. United pada April 2004, ketika berusia 14 tahun dan 306 hari.

Sullivan yang dibawa masuk ke dalam padang sewaktu Union menentang New England Revolution pada minit ke-85 Rabu lalu, telah membantu Philadelphia memenangi perlawanan tersebut menerusi keputusan 5-1. Beberapa saat sebelum itu, Quinn Sullivan — abang kepada Cavan — menjaringkan gol kelima untuk Union. Kedua beradik Sullivan itu turut bekerjasama beberapa kali sepanjang perlawanan dengan pemain tengah berusia 14 tahun tersebut turut mencipta percubaan pertamanya di MLS pada minit ke-93.

Sullivan menyertai Union bersama kontrak berstatus ‘homegrown’ telah pun mencipta rekod liga pada bulan Mei, untuk menjadi pemain pasukan pertama termuda Union dan pemain pasukan pertama termuda kelima dalam sejarah MLS. Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, juga terlibat dalam perjanjian tersebut, dan Sullivan bakal menyertai pasukan itu pada usia 18 tahun.

Dia memulakan debutnya pada bulan Mac lalu di liga pembangunan Major League Soccer, MLS Next Pro. Di peringkat antarabangsa, Sullivan mengetuai pasukan bawah 15 tahun AS untuk memenangi Kejohanan CONCACAF U-15 2023, serta memperoleh Golden Ball sebagai pemain terbaik kejohanan.

Antara pemain termuda lain dalam sejarah MLS adalah pemain antarabangsa Kanada, Alphonso Davies, yang memulakan debutnya untuk Vancouver Whitecaps pada usia 15 tahun dan 257 hari pada tahun 2016. Pertahanan D.C. United, Matai Akinmboni, pertama kali tampil untuk kelab tersebut pada tahun 2022, pada usia 15 tahun dan 328 hari. Obed Vargas, Erik Dueñas, dan Stiven Jimenez juga tampil di MLS pada usia 15 tahun, walaupun semuanya sedikit lebih tua daripada Akinmboni.

Da’Vian Kimbrough menjadi pemain bola sepak Amerika termuda yang tampil dalam perlawanan profesional, apabila dia memulakan debutnya untuk kelab dalam saingan USL, Sacramento Republic FC ketika usia 13 tahun, tujuh bulan, dan 13 hari pada tahun lepas. Dia memecahkan rekod yang sebelumnya dipegang oleh penyerang Real Salt Lake, Axel Kei, yang memulakan debutnya untuk pasukan pembangunan mereka, Real Monarchs, pada tahun 2021 pada usia 13 tahun, lapan bulan, dan sembilan hari.

Tiada seorang pun daripada pemain tersebut yang boleh dikatakan menyamai profil Adu, yang mungkin disebabkanm oleh fenomena bola sepak sejati pertama di Amerika Syarikat. Diberi gelaran oleh segelintir peminat sebagai “The next Pelé”, masa depan Adu bersinar terang di United, sehingga membuatnya berpindah ke luar negara. Di Eropah, proses pembangunan Adu terhenti dan akhirnya dia tampil untuk 15 pasukan selama 15 tahun karier beliau dalam dunia bola sepak. Selama bertahun-tahun, Adu dianggap sebagai kegagalan terbesar dalam sejarah bola sepak Amerika. Baru-baru ini, beliau telah dijadikan sebagai contoh tentang apa yang boleh terjadi apabila terlalu banyak tekanan dan harapan diletakkan pada seorang atlet muda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN