Casemiro: Tiada Alasan Boleh Diberikan

Casemiro

Pemain tengah Real Madrid, Casemiro mengakui bahawa tiada sebarang alasan boleh diberikan selepas Los Blancos tewas 0-3 ditangan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi sulung Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20, awal pagi tadi.

Perlawanan di Parc des Princes itu menyaksikan Real Madrid gagal mencipta sebarang percubaan tepat kearah gawang tuan rumah yang dikawal bekas penjaga gol mereka, Keylor Navas.

Real Madrid turut dikecewakan dengan jaringan yang dibatalkan dan salah satunya menerusi Video Assistant Referee (VAR) selepas bola terlebih dahulu dikesan terkena tangan Gareth Bale sebelum melepaskan rembatan yang membolosi kawalan Navas.

”Kami tidak bermain dengan baik, mereka [PSG] mengawal permainan dan kami tahu bahawa sukar untuk bermain di sini.”

”Mereka sangat kuat, mereka mempunyai pemain yang hebat. Tiada alasan yang boleh diberikan, kami tidak bermain dengan baik tetapi masih ada waktu untuk banyak perkara, untuk terus bekerja. Terdapat banyak perkara ada di hadapan.”

”Kami sentiasa cuba untuk menjadi agresif tetapi sudah tentu apabila keputusannya adalah 3-0, kami tahu bahawa perkara itu lebih ketara.”

“Kami tahu jika kami tidak mempamerkan perlawanan hampir sempurna di sini, kami tidak akan menang. Masih banyak masa untuk mengubahnya.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN