Cascarino: “Mourinho Bidas Pemain Kerana Beliau Penakut”

Kekalahan

Menurut penyampai podcast TalkSPORT, Tony Cascarino, tindakan pengendali Manchester United Jose Mourinho membidas Luke Shaw secara terbuka adalah tindakan yang salah dan penakut.

Pengendali dari Portugal itu mengeluarkan Shaw selepas babak pertama perlawanan ketika kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Brighton di peringkat suku akhir saingan Piala FA Inggeris pada hujung minggu lalu.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Tindakan oleh Mourinho itu mendapat kritikan ramai penganalisa; termasuk oleh bekas penyerang Chelsea dan Marseille itu yang bersimpati dengan nasib Shaw.

Bercakap dalam program Weekend Sport Breakfast oleh TalkSport, Cascarino berkata:

“Saya tidak gemar apabila pengurus menyalahkan pemain. Ia seperti menjadikan pemain sebagai kambing hitam. Saya berpendapat ia terlalu mudah untuk menyalahkan orang lain. Saya bersimpati dengan Luke Shaw.”

“Saya bersimpati bukan kerana pemain ini tidak menunjukkan prestasi terbaik. Tetapi sebagai pemain muda, beliau memerlukan sokongan daripada jurulatih dan pengurus.”

CHELSEA PLAYER/MANAGER GLENN HODDLE AND GOAL SCORERS DAVID LEE (CENTRE) AND TONY CASCARINO (R) SHOW OFF THE TROPHY AFTER WINNING THE MAKITA INTERNATIONAL TOURNAMENT AT WHITE HART LANE. (Photo by Tony Harris – PA Images/PA Images via Getty Images)

“Anda bercakap mengenai tekanan dan Shaw mungkin risau dirinya melakukan hantaran yang salah atau berada di posisi yang tidak tepat kerana mengetahui tindakan pengurus seperti mengeluarkan beliau di masa rehat selepas babak pertama perlawanan,” jelas Cascarino dalam program tersebut.

Shaw tiba di Old Trafford dari Southampton selepas Piala Dunia 2014, dan pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum ini.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali Shaw dikritik secara terbuka oleh Mourinho kerana masalah prestasi dan juga sikap.

Pada April tahun lalu, Mourinho menyifatkan Shaw sebagai pemain yang tidak mempunyai cita-cita, fokus dan komitmen selepas pemain itu gagal meyakinkan beliau untuk berada di dalam kesebelasan utama United.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Sebelum ini, Mourinho telah dikritik oleh segelintir penyokong Manchester United sendiri kerana pilihan pemain dan taktikal yang digunakan ketika Manchester United disingkirkan oleh Sevilla di peringkat kalah mati pertandingan UEFA Champions League.

Ironinya kritikan terhadap Shaw tiba beberapa hari selepas Mourinho berkata beliau tidak boleh menyalahkan pemain-pemainnya secara terbuka sesuka hati dalam satu sidang media mendidih menjelang perlawanan menentang Brighton itu.

Dalam sidang media tersebut, Mourinho dipetik sebagai berkata ia adalah perbuatan yang tidak betul untuk berterus terang mana satu pertandingan yang perlu dijadikan keutamaan, dan juga salah untuk mensasarkan pemain-pemain tertentu untuk beraksi dengan lebih baik dalam satu-satu perlawanan.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Mourinho turut membandingkan pencapaian beliau bersama Manchester United dengan apa yang telah dicapai oleh pengendali lain sebelum beliau, selain daripada rekod dirinya bersama kelab-kelab lain sebelum tiba di Old Trafford.

Kali terakhir Louis Van Gaal mempertahankan dirinya dengan kaedah yang hampir serupa, pengendali dari Belanda itu dipecat oleh Manchester United empat bulan kemudian.

Adakah Mourinho akan mengalami nasib yang sama?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN