CAS Tangguhkan Penggantungan Ke Atas Mino Raiola

Super-agent Mino Raiola masih bebas melakukan urusan perpindahan pemain. Ini Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah menangguhkan tarikh penggantungan beliau buat masa ini.

Keputusan ini sekaligus mengatasi keputusan FIFA sebelum ini. FIFA sebelum ini telah menjatuhkan hukuman penggantungan ke atas Mino Raiola daripada sebarang urusan perpindahan – bermula dari Serie A – kemudiannta ke seluruh dunia.

Mino Raiola dikenakan penggantungan 3 bulan, manakala Vicenzo Raiola dikenakan penggantungan 2 bulan oleh FIFA menerusi FIGC.

Hukuman itu dijatuhkan pada Mei lalu. Ini bermakna Raiola tidak boleh terlibat dalam urusan perpindahan pada jendela perpindahan pra-musim 2019/20.

Mino Raiola menganggap FIGC telah melakukan kesilapan ketika menjatuhkan hukuman kepada beliau. Ini kerana Raiola menyifatkan ada unsur dendam mempengaruhi keputusan FIGC.

Raiola berkata: “Saya rasa FIGC berdendam dengan saya – apabila saya mengkritik peranan mereka dalam bola sepak Itali, dan juga peranan mereka di seluruh dunia. Apa tindakan mereka ke atas masalah perkauman dalam bola sepak.”

“Pandangan saya itu telah mempengaruhi keputusan mereka dalam menilai tindakan ke atas saya.”

Daily Mail dalam laporan mereka menyatakan CAS menangguhkan hukuman tersebut terlebih dahulu.

Berita ini pastinya disambut dengan rasa bercampur baur oleh peminat bola sepak. Untuk mereka yang menharapkan pemain seperti Matthijs De Ligt menyertai kelab mereka, ini mungkin berita baik.

Untuk peminat seperti Manchester United yang sedia maklum Raiola pernah mempengaruhi Pogba untuk keluar dari Man. United, ini mungkin berita yang baik untuk mereka.

Mino Raiola memiliki klien seperti Marco Verratti, Gianluigi Donnarumma, Konstantinos Manolas, Moise Kean, Henrikh Mkhitaryan, Blaise Matuidi, Mario Balotelli, Justin Kluivert, Matthijs De Ligt, Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN