Carvajal: ‘Cristiano Ronaldo Bukan Terbaik Dalam Sejarah Real Madrid, Tetapi Raul’

Pertahanan kanan Real Madrid, Dani Carvajal menyatakan yang Cristiano Ronaldo bukanlah pemain terbaik dalam sejarah Real Madrid.

Namun pemain terbaik itu ialah seorang lagi bekas no.7 iaitu Raul Gonzalez. Ketika ditanya wartawan siapakah. Pemain terbaik sepanjang zaman di Real Madrid, Carvajal pantas menjawab:

“Raul. Saya kenal banyak sekali tentang beliau.”

Carvajal tahu pasti ramai akan membandingkan Raul Gonzalez dengan pemain pemain lain berdasarkan keupayaan teknikal dan skil. Namun Carvajal ada alasan beliau tersendiri.

“Raul adalah pemain pasukan (team player), pemain yang memenangi segala-galanya kerana kerja dan usaha keras beliau.”

“Saya fikir beliau bukan pemain yang membuatkan anda katakan: ‘dia pemain paling laju, ataupun mempunyai kawalan bola terbaik’.”

“Tetapi beliau melakukan semuanya dengan baik.”

“Di atas segala gol yang telah beliau jaringkan, untuk segala yang beliau telah berikan kepada Real Madrid, bagi saya, beliau adalah simbol utama Real Madrid.”

Pandangan Carvajal ini menimbulkan polemik di kalangan Penyokong Real Madrid sendiri yang merasakan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dalam kelab mereka di atas pencapaian pemain itu.

Ronaldo membantu Real Madrid menjuarai 4 UCL dalam 5 musim terakhir. 3 daripadanya dicapai secara berturut-turut. Ronaldo memenangi 4 Ballon d’Or ketika bersama real Madrid.

Sebagai perbandingan, Raul Gonzalez adalah penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di Real Madrid dengan 323 gol. Ratio 0.41 gol per perlawanan.

Cristiano Ronaldo pula penjaring terbanyak sepanjang zaman di Real Madrid dengan 450 gol ataupun ratio lebih 1 gol per perlawanan.

Raul Gonzalez meninggalkan Real Madrid pada 2010, 3 tahun sebelum Carvajal menyertai Real Madrid.

Apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan Dani Carvajal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN