Carlos Vela Diundi Sebagai Kapten MSL All-Stars, Zlatan Langsung Tidak Tercalon

Penyerang Los Angeles FC telah menerima undian untuk menjadi kapten di alam senarai pasukan MLS All-Star untuk musim kedua berturut-turut, sekaligus mengisahkan populariti bintang Mexico itu di Amerika Syarikat.

Undian dijalankan di Twitter dengan hashtag #CaptainVela yang mewakili satu undi. Penyerang Orlando City SC dari Portugal, Nani; pemain tengah DC United, Wayne Rooney; dan penyerang San Jose Earthquakes, Chris Wondolowski turut mendapat pencalonan masing-masing untuk gelaran kapten.

Carlos Vela

Namun bintang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic yang sebelum ini terlibat dengan ‘perang mulut’ dengan Vela seperti yang dipaparkan oleh media dan setelah menjaringkan hatrik dalam kemenangan 3-2 Galaxy di derbi El Trafico langsung tidak dicalonkan.

Sebelum aksi El Trafico – aksi derbi antara LA Galaxy denga LAFC Zlatan menyatakan: “Saya ibarat Ferrari yang berada di kalangan Fiat.”

Ketika wartawan menyatakan bahawa Carlos Vela jauh meninggalkan statistik beliau dengan 19 gol dan 12 assist setakat ini, Zlatan menegaskan:

“Ianya kerana beliau [Vela] berada di kemuncak prestasi [peak], berapa umur beliau? Carlos Vela bermain di MLS pada ketika beliau di kemuncak prestasi. Di mana saya pada usia 29 tahun?”

Wartawan menjawab: “Di Eropah.”

Pasukan MLS-All Stars akan menentang Atletico Madrid pada 31 Julai di Stadium Exploria, Orlando.

Vela juga merupakan pilihan utama untuk anugerah MVP musim ini selepas menghasilkan 21 gol, dan 12 bantuan gol. Jumlah keseluruhan terlibat dengan 33 jaringan pada musim ini adalah ke-4 tertinggi yang pernah dilakukan oleh mana-mana pemain dalam sejarah MLS.

Tatkala kempen musim ini masih berbaki 13 perlawanan, Vela masih mempunyai peluang untuk memecah rekod jaringan 31 gol yang dihasilkan oleh pemain Atlanta United, Josef Martinez yang dihasilkan pada musim lalu.

Nampak gayanya kali ini Fiat telah memenangi perlumbaan menentang Ferrari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN