Carlos Tevez: “Bola Sepak China Tidak Akan Maju Walaupun Selepas 50 Tahun”

Penyerang kontroversi Shanghai Shenhua daripada Argentina, Carlos Tevez mengeluarkan tindakan menyelar pemain-pemain bola sepak tempatan di China dengan kenyataan bola sepak China tidak akan mencapai kemajuan walaupun selepas 50 tahun lagi.

Penyerang Argentina itu telah beraksi di China selama 9 bulan selepas menerima tawaran Shanghai Shenhua untuk berpindah daripada Boca Juniors dengan kontrak mewah selama 2 tahun.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Tevez dipetik sebagai berkata kepada SFR Sport:

“Di Amerika Selatan dan juga Eropah, pemain mempelajari permainan bola sepak ketika mereka masih kanak-kanak. Namun ia tidak sebegitu di sini. Ini bermakna secara teknikal, pemain-pemain ini kurang bagus.”

“Bola sepak mereka di sini sangat berlainan. Penyokongnya juga melihat bola sepak dengan cara yang berbeza. Kerana itulah saya berpendapat bola sepak di China tidak akan ke mana-mana, walaupun untuk 50 tahun akan datang.”

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Namun demikian, Tevez tidak menjelaskan dengan lebih mendalam maksud kelainaan yang dinyatakannya. Walaupun memahami perbezaan aspek teknikal pemain-pemain di Asia dan China khususnya berbanding dengan pemain-pemain di Eropah dan Amerika Latin, kenyataan Tevez mengkritik penyokong seolah-olah sengaja mewujudkan suasana tegang dengan penyokong Shenhua.

Sejak sering berdolak dalih terutama mengenai kecederaannya, Tevez telah menjadi watak yang tidak digemari oleh penyokong bola sepak di China.

Tevez yang pernah beraksi bersama Manchester United, Manchester City dan Juventus, dikatakan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di China dan khabar angin mengatakan beliau ingin kembali ke negara asalnya Argentina.

. (Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Pemain yang turut pernah beraksi dengan West Ham di awal kariernya itu, hanya tampil 13 kali dan menjaringkan 3 gol sejak menyertai Shanghai Shenhua pada awal tahun. Tevez sering dikaitkan dengan isu kecergasan dan juga sering dikaitan dengan kecederaan betis.

Shanghai Shenhua kini berada di kedudukan terendahnya, menduduki tangga ke-12 liga selepas mengakhiri liga di tangga ke-3 pada musim lalu, menyebabkan jurulatih Gus Poyet meletakkan jawatan.

Wu Jingui yang mengambil alih jawatan Gus Poyet turut berpendapat Tevez tidak berada pada tahap terbaik selepas menyaksikan aksi Tevez dan pasukannya Shanghai Shenhua dibelasah 6-1 di tangan Shanghai SIPG.

Tevez tetap menjadi penjaring tunggal Shenhua dalam kekalahan memalukan itu.

Sumber:

1. Michael Church, ESPN FC (2017): Carlos Tevez: Chinese football won’t reach the top – ‘even in 50 years’; http://www.espnfcasia.com/chinese-super-league/story/3209988/carlos-tevez-chinese-football-cant-compete-with-other-nations-even-in-50-years

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN