Carlos Queiroz Kutuk Qatar, Dakwa Qatar Tiada Identiti Kerana 14 Pemainnya Warga Asing

Kadangkala, serangan psikologi sangat penting dalam bola sepak.

Ini adalah penting untuk memberi kelebihan kepada diri sendiri sebelum perlawanan bermula.

Dan inilah yang terjadi menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 Zon Asia diantara Iran dan Qatar.

Qatar tiada identiti

Bercakap dalam sebuah rancangan bual bicara mengenai sukan, jurulatih Iran iaitu Carlos Queiroz (gambar bawah) telah mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai lawannya iaitu Qatar.

274203-carlos-queiroz-iran700

Dalam rancangan tersebut, beliau telah menyatakan secara terbuka dimana negara Qatar merupakan sebuah negara yang tidak mempunyai identiti.

“Untuk perlawanan ini (Iran vs Qatar), kita mempunyai dua pasukan yang ternyata berbeza.”

“Dan ternyata pasukan kami yang mempunyai identiti sedangkan pasukan Qatar tidak.”

Queiroz juga menyelar Qatar sebagai negara yang cuma hanya identiti yang tidak berasaskan Qatar.

Ini kerana Qatar mempunyai ramai pemain naturalisasi dalam pasukan mereka seperti Sebastian Soria (gambar bawah) dan Luiz Junior.

FBL-AFC-ASIA-LEKHWIYA-HIDD

“Qatar merupakan negara yang tiada identiti nasional, mereka cuma hanya ada aset negara yang bukan pun datang daripada Qatar.”

“Jadi kesimpulannya, pasukan Qatar tidak mempunyai identiti sebenar!”

Oleh kerana itu juga, Queiroz berkata peminat Qatar hanya membuang masa mereka pergi menonton pasukan negara mereka beraksi.

“Bila kita lihat peminat Qatar masuk ke stadium ataupun menonton perlawanan negara mereka di kaca televisyen, mereka seolah cuma hanya mahu melihat pasukan negara mereka kalah kepada Iran.”

“Ini berbeza dengan penyokong Iran, mereka datang ke stadium menyokong kami kerana mereka adalah rakyat Iran yang beridentiti.”

“Dan mereka juga mahu lihat kami menang! Tidak seperti penyokong Qatar yang mahukan pasukan mereka kalah!”

Media di Iran juga sudah menghebahkan perlawanan antara Iran dan Qatar ini sejak seminggu yang lalu.

Pengamal media di Iran menyeru para penyokong untuk membanjiri Stadium Azadi, gelanggang yang akan menjadi tempat perlawanan antara Iran dan Qatar itu pada hari ini (1 September 2016).

Namun, kritikan Queiroz itu ada benarnya juga.

Jurulatih Qatar, Jose Daniel Carreno telah menamakan 14 daripada 23 skuad pemainnya untuk menentang Iran merupakan pemain naturalisasi.

Berikut adalah senarai pemain yang naturalisasikan berserta asal usul mereka:

[table]
Nama Pemain,Posisi,Negara Asal
Omar Bari,Penjaga Gol,Flag_of_Guinea.svg Guinea
Amine Lecomte,Penjaga Gol,Flag_of_France Perancis
Ahmed Yasser,Pertahanan,Flag_of_Egypt.svg Mesir
Mohammed Musa,Pertahanan,sudanflagimage1 Sudan
Karim Boudiaf,Pertahanan/Tengah,Flag_of_France Perancis (berketurunan Maghribi-Algeria)
Luiz Junior,Pertahanan,720px-Flag_of_Brazil Brazil
Mohammed Kasola,Pertahanan,Ghana-flat-icon Ghana
Pedro Miguel,Pertahanan,Flag_of_Cape_Verde_(2-3_ratio).svg Cape Verde
Mohammed Abdullah Tresor,Tengah,Flag_of_the_Democratic_Republic_of_the_Congo.svg DR Congo
Ahmed Abdelmaqsoud,Tengah,Flag_of_Egypt.svg Mesir
Ali Assad,Tengah,2000px-Flag_of_Bahrain.svg Bahrain
Rodrigo Tabata,Tengah,720px-Flag_of_Brazil Brazil
Khokhi Bualem,Tengah,Algeria-flat-icon Algeria
Sebastian Soria,Penyerang,Uruguay-flat-icon Uruguay
[/table]

Dan berikut merupakan baki 9 pemain Qatar yang merupakan warganegara sebenar Qatar:

[table]
Nama Pemain,Posisi
Saad Al Sheeb,Penjaga Gol
Abdelkarim Hassan,Pertahanan
Khalid Muftah,Pertahanan/Tengah
Abdulrahman Mohammed,Tengah
Ismaeel Mohammed,Tengah
Al Moez Ali,Penyerang
Hassan Al-Haidos,Penyerang
Meshal Abdullah,Penyerang
Akram Afif,Penyerang
[/table]

Bagaimana Qatar merekrut sungguh ramai pemain naturalisasi?

Qatar mempunyai dua cara untuk mengambil pemain luar dan dijadikan sebagai pemain naturalisasi.

Pertama dengan penyelesaian jangka pendek iaitu membawa pemain luar seperti dari Afrika atau Amerika Selatan untuk bermain di liga mereka iaitu Qatar Stars League.

Selepas itu, mereka akan ditawarkan kerakyatan Qatar dan seterusnya diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan.

Untuk pelan jangka panjang, Qatar akan membawa pemain-pemain muda dari negara lain ke Akademi Aspire – akademi untuk atlet muda Qatar – dan menjadikan mereka warganegara apabila sudah sampai tempoh cukup untuk layak menerima taraf warganegara.

Menerusi perkongsian diskusi di Reddit, seorang rakat Qatar dengan nama ‘arnieslovechild’ meluahkan rasa risau terhadap visi Akademi Aspire (gambar bawah).

indoorFootball

Menurutnya, Akademi Aspire tidak melatih rakyat Qatar untuk bermain bola sepak. Sebaliknya melatih anak muda dari benua Afrika dan Amerika Selatan.

“Mungkin satu hari nanti, kanak-kanak Brazil atau Argentina yang sepatutnya menjadi pengganti Neymar atau Lionel Messi akan bermain sebagai pemain kebangsaan Qatar.”

aafacilitiesDorm2

“Walaupun satu hari nanti mereka bermain lebih baik dari pasukan Qatar sekarang, saya tak akan gembira.”

“Jika saya seorang rakyat Qatar, saya pasti kecewa kerana skuad ‘kebangsaan’ saya dipenuhi warga asing.”

Queiroz boleh dikenakan hukuman

Kenyataan pedas Queiroz di khayalak umum itu ternyata mendedahkan dirinya ke dalam bahaya.

Queiroz boleh diberikan hukuman keras oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) atas tindakan menghina negara yang menjadi lawannya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia ini.

Iran diundi di dalam kumpulan A bersama Qatar, Korea Selatan, Uzbekistan, China dan Syria.

Manakala baki 6 negara di kumpulan B adalah Jepun, Australia, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Thailand.

Kesemua 12 pasukan ini bagaimana pun telah mengesahkan tempat ke Piala Asia 2019 di UAE.

Baca juga: Asian Champions League: Champions League Untuk Orang Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN