Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti secara tidak menyorok mahukan bekas kelabnya iaitu AC Milan layak ke perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) musim ini.
Ancelotti bersama Real kini berada di peringkat separuh akhir dengan Manchester City menjadi penghalang kelab La Liga itu untuk mara ke perlawanan akhir.
Sementara bekas kelabnya iaitu Milan akan bertemu seteru setempat iaitu Inter Milan dalam usaha mereka untuk kembali ke aksi akhir yang kali terakhir berjaya dilakukan pada 2007.
Ironinya ketika 2007 itu, Ancelotti adalah individu yang memimpin Milan ke perlawanan akhir tersebut dengan mereka menewaskan Liverpool di Athens.
Bercakap selepas perlawanan yang diadakan di Madrid, Ancelotti secara ringkas mengatakan yang beliau mahukan bekas kelabnya itu mara ke perlawanan akhir dengan harap boleh ditentangnya.
Malah, Ancelotti secara ringkas menzahirkan sokongannya terhadap Milan dengan menyorak “Forza Milan” dengan gaya dirinya sendiri.
“1, 2, Forza Milan,” sorak Ancelotti ringkas.
“Dengan segala hormat kepada Inter tetapi tapi saya tak boleh tak cakap ‘Forza Milan’,” kata Ancelotti kepada media Itali.
🚨 Interviewer: Can I take 1-2 seconds from your time to comment on tomorrow’s derby?
Ancelotti: “Yes, 1, 2… Forza Milan! With all due respect to Inter but I cannot not say Forza Milan. Facing them in Istanbul? Hopefully.” pic.twitter.com/xAC8cRZKip
— Milan Eye (@MilanEye) May 9, 2023
Seandainya Real dan Milan mara ke perlawanan akhir, Ancelotti berpeluang untuk menewaskan bekas kelabnnya itu.
Ia juga akan meningkatkan potensi juara UCL kali ini adalah sama ada daripada pengurus berbangsa Itali atau kelab negara tersebut yang bergelar johan – sama juga kalau Inter yang mara ke perlawanan akhir.