Carlo Ancelotti: Ini Kualiti James Rodriguez Yang Saya Pernah Lihat

skysports-james-rodriguez-carlo-ancelotti

Hatrik buat penyerang, Dominic Calvert-Lewin tetapi rekrut terbaharu Everton, James Rodriguez mencuri tumpuan Carlo Ancelotti dalam aksi kedua Premier League.

The Toffees meraih kemenangan kedua, menang besar ke atas West Brom 5-2 dalam aksi yang berlangsung di Goodison Park dan pengendalinya, Carlo Ancelotti lega melihat James Rodriguez semakin menyesuaikan dirinya di Everton.

Dia guna kualiti yang ada padanya’

Bercakap di sidang media, ketika ditanyakan mengenai ledakan pertama James Rodriguez, Ancelotti berkata, “Dia berjaya menjaringkan gol pertama buat dirinya di Premier League dan itu yang paling penting. Ia gol penting untuk perlawanan ini.”

“Dia menjaringkan gol yang menakjubkan dan juga membuat bantuan gol yang sangat baik,” tambah pengendali berpengalaman itu lagi mengenai pemain yang dibeli daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan dikatakan hanya £12 juta.

Pengalaman pemain tersebut bersama Ancelotti di Real Madrid dan Bayern Munich membantu James Rodriguez untuk segera mendapat rentak di Premier League. Dan jaringan sulungnya yang menarik adalah bukti yang beliau semakin selesa.

“Dia sangat selesa bersama skuad ini dan segalanya nampak okay. Ketika ini, dia menggunakan segala kualiti yang dia ada. Inilah kualiti yang saya lihat di Madrid dan juga kualiti yang sama ketika dia bersama Bayern Munich,” tambah Ancelotti.

James Rodriguez bijak guna ruang

Apa kualiti yang dimaksudkan oleh pengendali berpengalaman itu? Menurutnya, “Kualiti yang ada pada James membantunya bermain mudah. Permainannya tidak sukar kerana apabila ada ruang, dia gemar gunakan kualiti yang ada padanya.”

“Dan apabila bergerak tanpa bola atau ditekan lawan, dia akan cuba bermain mudah. Ini yang setiap pemain harus buat. Gunakan ruang jika ada dan bermain mudah sekiranya tiada ruang,” tambahnya lagi mengenai kualiti James Rodriguez.

James Rodriguez diberikan pelepasan oleh pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane untuk meninggalkan persediaan pra-musim pasukan bagi menyelesaikan isu masa depannya kerana Los Balncos mungkin sudah tidak berminat dengannya.

Sepanjang menyertai gergasi La Liga itu sejak musim 2014/15, James Rodriguez telah membuat 125 penampilan dengan 37 gol. Beliau turut dipinjamkan selama dua musim ke Bayern Munich dan kembali ke Real Madrid untuk musim 2019/20.

Penutup

Hanya tampil 14 kali musim lalu, tampak masa depan pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2014 itu semakin pudar di Real Madrid dan Ancelotti mahukan khidmatnya.

Setakat ini beliau beraksi baik dan statistiknya berdepan West Brom membuktikan yang beliau pemain yang berkualiti namun gagal mendapat tempat di Real Madrid.

KREDIT FEATURED IMAGE: SKYSPORTS

Baca lagi artikel mengenai James Rodriguez dan Carlo Ancelotti:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN