Saingan Championship 2017-18 sudah memasuki perlawanan ke-5. Cardiff City kini sedang mendahului carta liga dengan mengutip mata maksimum bagi setiap perlawanan diharungi.
Kelab Wales itu hanya melepaskan dua gol sahaja dimana gawang kelab itu hanya bocor ketika menentang Wolverhampton dan Queens Park Rangers.
Barisan bimbingan Neil Warnock itu mengharapkan sentuhan Nathaniel Mendez-Laing sebagai teraju hadapan pasukan yang kini telah menjaringkan 4 gol.
Ipswich Town, Leeds United mengejar
Ipswich Town hanya tewas sekali daripada 4 perlawanan. Baki 4 perlawanan itu dimenangi oleh kelab East Anglia itu.
Gandingan Martyn Waghorn dengan Joe Garner telah menghasilkan 7 gol untuk The Tractor Boys. Kini, Ipswich mengikuti rapat Cardiff dan mereka berada di tangga kedua.
Leeds berada di kedudukan ketiga liga tidak tewas langsung dalam perjalanan liga musim ini. Mereka mencatatkan tiga kemenangan serta dua seri.
Saingan penjaring terbanyak
Bobby Reid (Bristol City) dan Conor Hourinhane (Aston Villa) menjadi penjaring terbanyak setakat ini dengan menyumbat 4 gol. Begitu juga dengan Martyn Waghorn (Ipswich) dan Nathaniel Mendez-Laing (Cardiff).
Harus diingat bahawa saingan Championship lebih terbuka dan sukar diramalkan. Mampukah Cardiff kembali ke Premier League setelah beberapa tahun menghilang? Atau Ipswich dengan Leeds membuat kemunculan semula?
Kita akan lihat di akhir musim 2017-18 ini.