Robbie Savage yang merupakan bekas pemain Blackburn Rovers dan juga Derby County mendedahkan cara pelik beliau untuk meningkatkan keyakinan ketika zaman bermain.
Beliau dikatakan sebagai orang yang paling tak yakin sekali apabila sering tiada keyakinan ketika bermain bola sepak.
Ketika bercakap kepada satu stesen radio, Savage mendedahkan cara menarik tapi pelik beliau ini.
“Saya selalunya akan pergi ke satu papan di stadium untuk menulis mesej yang baik kepada diri saya.”
Savage akan pergi ke satu sudut di stadium yang menyediakan papan untuk para peminat menulis mesej mereka kepada para pemain.
Savage kemudiannya menulis mesej untuk dirinya sendiri di situ dengan menggunakan nama palsu.
Kejar wartawan
Selain itu, Savage membuktikan dirinya seorang yang benar-benar tiada keyakinan di dalam dirinya.
Selain menulis mesej semangat untuk diri sendiri, beliau juga sering mengejar wartawan-wartawan sukan di UK.
“Saya ada simpan beberapa nombor wartawan sukan. Dan saya selalu telefon mereka.”
“Saya selalu tanya mereka apa yang mereka tulis pasal saya dalam surat khabar? Adakah mereka akan datang ke stadium tengok saya main?”
Walaupun pelik caranya, tetapi cara Savage menulis mesej untuk dirinya itu mungkin boleh dipraktikan kepada pemain bola sepak yang tiada keyakinan diri.
Savage kini bersara dan kini menjadi penganalisis di BT Sport.
Baca juga: Protes Peminat Chile Mahu Sanchez Keluar Arsenal Hambar, Hanya 5 Orang Datang