3 Kelab Dengan Cara Bergaya Ketika Mengumumkan Pemain Baharu Mereka

Dalam bola sepak, segalanya berevolusi.

Dari peraturan, jersi pasukan, nilai perpindahan pemain dan sebagainya.

Untuk musim baharu ini, seolah-olah cara kelab mengumumkan perpindahan pemain juga sudah memasuki tahap yang baharu.

Jika sebelum ini, cara yang biasa kelab bola sepak mengumumkan pemain baharu yang mereka peroleh ada melalui laman sosial mereka sahaja.

Hashtag lazim seperti #Welcome (diikuti dengan nama pemain) seperti #WelcomeSandro atau #WelcomeRodriguez merupakan cara biasa kelab bola sepak mengumumkan pembelian terbaharu mereka.

Ada juga kelab yang menggunakan hashtag berbeza seperti #Pogback untuk menggambarkan pulangnya Paul Pogba ke Manchester United untuk kali kedua.

Semakin berevolusi

Untuk musim 2017/2018, cara untuk mengumumkan pemain baharu oleh kelab bola sepak sudah semakin hebat.

3 kelab sudah menggunakan pendekatan berbeza untuk mengumumkan pemain baharu mereka.

Liverpool contohnya menggunakan situasi penyokong mereka yang menekan kelab untuk mengumumkan ketibaan Mohamed Salah sebagai asas kepada video pengumuman pemain tersebut.

Dalam video pengumuman Salah itu, dilihat seorang individu melayari laman Twitter sambil melihat tweet mahukan pengesahan pembelian Salah oleh Liverpool.

Rupanya individu yang melayari laman Twitter adalah Salah sendiri!

Satu lagi cara yang menarik adalah menerusi AS Roma ketika mereka mengumumkan ketibaan pemain baharu iaitu Lorenzo Pellegrini.

Dalam video pengumuman mereka, terdapat seorang individu sedang bermain FIFA 17 menggunakan AS Roma.

Individu tersebut merupakan Pellegrini sendiri yang dilihat mengawal dirinya sendiri dalam permainan video itu.

Satu lagi cara menarik adalah dari Aston Villa apabila mereka berjaya membawa lagenda Chelsea iaitu John Terry.

Dengan khabar angin mengatakan Terry mungkin menyertai seteru mereka iaitu Birmingham City, Aston Villa mengumumkan kejayaan mendapatkan Terry dengan cara yang cukup bergaya!

Mereka menggunakan perbualan di dalam kumpulan Whatsapp diantara pemilik kelab Dr. Tony Xia, pengurus Steve Bruce dan juga para pemain Aston Villa.

Dalam video itu, Bruce meminta Xia untuk segera memasukkan Terry di dalam kumpulan Whatsapp itu sebagai simbolik penyertaan Terry ke dalam keluarga Aston Villa.

Terdapat sedikit insiden lucu apabila pemain Gabriel Abgonlahor mengatakan di dalam perbualan tersebut yang Terry merupakan pemain pertahanan terbaik yang pernah Aston Villa ada.

Ia buatkan lagenda pertahanan Aston Villa seperti Martin Laursen dan Olof Mellberg meninggalkan kumpulan Whatsapp tersebut. Haha!

Lebih menarik apabila Terry bertanya siapakah yang memakai jersi bernombor 26 di Aston Villa.

Ia telah membuatkan Jonathan Kodjia ‘kecut perut’. Hal ini kerana beliau kini menyarung jersi nombor 26 di kelab tersebut ketika ini!

Pelbagai cara kelab bola sepak mengumumkan pemain baharu mereka.

Apa pendapat anda mengenai evolusi ini? Nyatakan di ruangan komen!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN