Cara Memilih Stokin Yang Sesuai Untuk Digunakan Ketika Bermain Bola Sepak

Percaya atau tidak? Pemilihan stokin juga merupakan satu perkara yang perlu anda ambil kira selain pemilihan kasut yang betul ketika hendak bermain bola sepak.

Hal ini kerana, stokin yang betul dapat memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika beraksi dalam perlawanan yang berintensiti tinggi.

Berikut, kami sediakan cara-cara yang boleh anda guna untuk memilih stokin yang betul.

Jenis panjang

Terdapat pelbagai jenis panjang stokin yang ada di pasaran.

Bagi pemain bola sepak, lazimnya mereka akan pakai stokin yang mempunyai panjang sehingga ke betis atau dipanggil over the calf.

Hal ini kerana jika mereka ingin menyarung shin pad, stokin yang panjang diperlukan supaya dapat mengawal pergerakan shin pad agar ia tidak lari dari posisinya.

Namun begitu, ada juga jenis-jenis stokin yang lebih pendek potongannya seperti potongan crew.

Potongan ini merupakan potongan pendek kerana panjangnya adalah sehingga di bawah paras betis. Jika anda memakai shin padshin pad itu boleh dilihat dengan mudah.

Akan tetapi, ada juga stokin yang lebih pendek potongannya daripada potongan crew.

Potongan tersebut dikenali sebagai low-cut dan juga no show.

Potongan low-cut merupakan potongan pendek yang menutupi sehingga ke atas paras baku lali.

Jika anda melihat kepada pemakai stokin low-cut, anda akan hanya nampak sedikit sahaja stokinnya kerana potongannya tidak panjang seperti potongan crew atau over the calf.

Pemain yang berada di kanan gambar menggunakan stokin potongan ‘low-cut’.

Namun berbeza pula bagi stokin no show. Hal ini kerana, stokin potongan no show mempunyai potongan sehingga betul-betul di bahagian buku lali.

Oleh itu, ia tidak akan boleh dilihat dan ia kelihatan seolah-olah anda tidak memakai stokin.

Contoh stokin potongan ‘no-show’.

Teknologi stokin

Kita pasti akan berpeluh ketika bermain bola sepak atau futsal bukan?

Oleh itu, adalah penting untuk memilih stokin yang mampu anda mengawal peluh ketika bermain bola sepak atau futsal.

Bagi jenama-jenama utama seperti Adidas atau Nike, mereka mempunyai teknologi-teknologi menyerap peluh milik mereka sendiri.

Antara contoh-contoh teknologi serap peluh oleh jenama-jenama terkenal adalah:

  • Adidas – ClimaLite, ClimaCool
  • Nike – Dri-FIT
  • Puma CoolPlus Yarn, CoolCell, DryCell
  • Under Armour – HeatGear, UrmourDry

Berapa banyak stokin nak kena pakai?

Ketika sesi latihan, adalah disarankan untuk membawa 5 pasang stokin ke tempat latihan.

Hal ini kerana, jika anda terlibat dengan sesi latihan berintensiti tinggi sepanjang hari di tempat latihan. Adalah perlu untuk anda membawa stokin lebih supaya anda tidak perlu mencucinya.

Ketika latihan juga, kebanyakan pemain bola sepak akan memakai stokin potongan jenis low-cut dan juga no show.

Hal ini kerana, ketika latihan pemain lazimnya tidak akan memakai shin pad ketika di dalam ginamsium ataupun di padang.

Ketika perlawanan, adalah disarankan untuk pemain membawa sekurang-kurangnya 2 pasang stokin.

Hal ini kerana, kejohanan bola sepak lazimnya dilangsungkan dalam jarak masa yang singkat diantara 1 perlawanan dengan 1 perlawanan yang lain.

Jadi, anda perlu membawa jumlah stokin yang banyak kerana stokin yang kotor boleh memberi impak negatif kepada kaki si pemakai.

Macam mana nak pakai stokin?

Ketika bermain bola sepak, terdapat beberapa cara untuk memakai stokin.

Kami amat menyarankan anda untuk sarung stokin potongan over the calf, hal ini kerana anda perlu memakai stokin potongan panjang untuk melindungi shin pad yang anda pakai.

Caranya adalah dengan menyarungkan dahulu stokin anda sebelum anda memasukkan shin pad anda.

Selepas itu, barulah anda membetulkan kedudukan shin pad anda dan tarik keseluruhan stokin anda hingga ke atas.

Anda juga boleh tampal ankle tape untuk memastikan kedudukan shin pad tidak lari dari kedudukanya ketika beraksi.

Tetapi ada juga yang menggunakan teknik stokin berganda atau double socks.

Teknik stokin berganda adalah dimana anda memakai satu stokin dahulu dan kemudiannya anda letakkan shin pad diatasnya.

Di atas shin pad pula kemudiannya akan disarung dengan lagi satu stokin.

Teknik ini mungkin nampak pelik, namun ia mampu memberikan perlindungan tambahan kepada kaki anda.

Anda ada tips lain mengenai pemakaian stokin ketika bermain bola sepak? Kongsikan dengan kami!

Baca juga: 3 Tips Bermain Futsal Dalam Keadaan Ataupun Cuaca Panas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN