Tolak tepi PES dan juga FIFA (serta Football Manager), kita ada permainan video bola sepak baharu yang bakal tiba menemui kita semua!
Siri anime Jepun bertemakan bola sepak yang cukup terkenal, Captain Tsubasa akan tiba dengan permainan video baharu yang diberi nama Captain Tsubasa: Rise of New Champions.
Menurut laman Bandai Namco, siri terbaharu ini merupakan yang pertama selepas kali terakhir dikeluarkan pada 10 tahun yang lalu. Walaupun begitu, pihak Bandai Namco telah berkata permainan ini bukanlah berbentu simulasi bola sepak tetapi lebih kepada arked (arcade) yang menfokuskan hiburan semata-mata.
“Permainan video baharu ini akan dikeluarkan dalam bentuk arked, semua orang boleh menikmati pertukaran permainan secara super [super plays] menentang lawan masing-masing menggunakan grafik yang terkini.”
Apa yang menarik adalah siri ini akan mengekalkan elemen grafik yang menyerupai anime Captain Tsubasa itu sendiri yang menyerikan zaman kanak-kanak kita semua.
Malah dalam permainan video ini juga turut akan menyaksikan watak-watak dalam siri anime ini seperti Kojiro Hyuga yang merupakan musuh utama Captain Tsubasa turut membuat kemunculan disamping Genzo Wakabayashi, Taro Misaki, Jun Misugi, Hikaru Matsuyama dan juga pemain misteri.
Captain Tsubasa: Rise of New Champions akan dikeluarkan di peranti PlaysStation 4, Steam (PC) dan juga Nintendo Switch.