Kunci Stadium ‘Hilang’: Perlawanan Ditangguhkan

Sesebuah perlawanan yang ditangguhkan kebiasaannya diakibatkan oleh beberapa masalah yang menjadi kebiasaan antaranya seperti masalah cuaca.  Kebiasaannya anda akan mendengar ia menjadi salah satu faktor perlawanan ditangguhkan.

Masalah pengangkutan pemain? Ia juga sering didengar.

Bagaimana dengan kunci stadium tertinggal? Kisah aneh tetapi benar ini berlaku di Cape Verde. Perlawanan separuh akhir Cape Verdean Football Championship antara Ultramarina dan Mindelense terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan pelbagai faktor.

Estádio Orlando Rodrigues di mana perlawanan yang sepatutnya diadakan terpaksa ditangguhkan. Sumber: Google Maps.

 

Cuma kali ini peristiwanya sangat pelik kerana pegawai kerajaan yang menguruskan stadium itu tidak muncul bersama kunci. Maklumlah di Afrika, biasanya stadium tidak dimiliki kelab bola sepak yang bertanding.

Malah mereka juga mencari kunci pendua (spare) pun tidak berjumpa. Penyokong dan para pemain terpaksa menunggu di luar stadium selama dua jam. Akhirnya, perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Diteruskan

Mujurlah perlawanan separuh akhir itu diadakan secara timbal balik. Perlawanan kedua di mana Mindelense menjadi tuan rumah diteruskan seperti biasa.

Dalam kata lain, Ultramarina mesti mencari tarikh ganti!

Macam-macam!

Cape Verde merupakan negara Afrika yang berlokasi di Lautan Atlantik yang mempunyai puluhan pulau di bawah pentadbirannya. Ia terletak kira-kira 500 kilometer daripada tanah besar benua itu.

Sumber:

  1. BBC Online (2017): Cape Verdean game called off after official fails to show up with keys; http://www.bbc.com/sport/football/40463508
  2. Ahram Online (2017): Cape Verde semi-final postponed after teams locked out of stadium; http://english.ahram.org.eg/News/271802.aspx

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN