‘Cap Ayam’ – Penyokong Tempatan Terus Kritik Kualiti Pengadil Liga M

Kualiti pengadil di saingan Liga Malaysia (Liga M) terus tampil dengan kontroversi tersendiri dengan kali ini ia sekali lagi berlaku sehingga mengundang amukan para penyokong bola sepak di media sosial.

Untuk minggu ini, kelibat Suhaizi Shukri pula menjadi tumpuan ramai ekoran kualiti pengadilan beliau ketika membabitkan aksi antara Kuala Lumpur City dan Sabah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pada aksi tersebut, Sabah mencipta kekalahan 0-3 di tangan tuan rumah dengan aksi ditampilkan kurang berkualiti serta serba tidak menjadi di segenap posisi.

Tiga gol KL City pula diledak oleh jaringan sendiri pemain Sabah iaitu Kwang Min-ko, Paulo Josue, serta Zhafri Yahya untuk terus memberikan rasa duka buat Sabah.

Sepanjang aksi berlangsung, kualiti Suhaizi antara yang menjadi tumpuan selepas tindakan beliau melayangkan kad merah kepada pemain Sabah iaitu Rawilson Batuil atas alasan bola mengenai tangan pemain tersebut dalam kotak penalti untuk menghalang percubaan lawan.

Ianya dianggap penyokong sebagai satu keputusan tidak masuk akal kerana menurut mereka, bola tersebut menuju ke tangan Rawilson dan bukannya pemain itu menghalang secara sengaja.

Malah tindakan Suhaizi yang tidak teragak-agak melayangkan kad merah tersebut juga menjadikan segelintir penyokong bertambah marah sehingga mempertikaikan kualiti pengadil di Malaysia.

“Referee Malaysia punya kualiti mmg cap ayam. Bagus lagi referee WWE, tapak sampai 3 kali baru win.Tangan pegang tali time kena anklelock boleh kenselkan lock tu,” sindir Mohd Fandy di Facebook Astro Arena.

“Ko nak bagi penalti tu bagu aku ok la takde masalah sebab dah semak dalam VAR. Cuma aku pertikaikan kad merah tu,KECUALI pemain sengaja tahan bola guna tangan tu wajar la, tapi ni nmpk macam bukan disengajakan tapi terus bagi kad merah,pelik pengadil-pengadil dalam liga Malaysia ni,” ulas Lemon Ais.

“Betul kawan saya cakap pengadil Malaysia cap ayam, bola terkena tangan bukan disengajakan patutnya kad kuning saja. Situasi macam ni banyak terjadi di liga luar termasuk EPL,” kata Kichie Ichie.

“Kalau ref ni yang jaga waktu Spain Germany memang auto kad merah kau cucurella lepas ni tangan simpan tapuk dalam baju. Refff cap ayam,” marah Mohd Nazmie Ab Manaf.

“Makin lama makin teruk reff. Dah la view satu arah je, tak nampak langsung dia sengaja nak tahan pakai tangan,” luah Amin Zahari pula.

Selain itu, pelbagai lagi kritikan telah diberi oleh peminat bola sepak kepada kualiti pengadil Liga M kini dan menuntut lebih banyak perubahan positif mampu dilakukan pada masa hadapan.

Pandangan anda?

Sumber:
Astro Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN