Legenda Manchester United dan bekas pemain Perancis, Eric Cantona mentertawakan keputusan Neymar meninggalkan kelab seperti Barcelona untuk menyertai PSG yang beraksi di Ligue 1.
Eric Cantona tidak pernah terfikir untuk menyaksikan aksi Neymar di Ligue 1 kerana ia terlalu mudah untuk beliau.
Neymar menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia €222 juta. Sejak menyertai PSG, Neymar menjadi perhatian ramai kerana beberapa kontroversi melibatkan beliau.
Namun begitu, Neymar memang membuktikan dia berada dala kelas tersendiri. Setakat ini Neymar menjaringkan 11 gol dan 9 asis daripada 12 perlawanan bersama-sama PSG. Cantona berkata kepada Yahoo Sports:
“Apabila anda 25 tahun dan bermain untuk Brazil dan Barcelona, kemudian anda meminta untuk menyertai liga lebihlemah.”
“Champions League pula hanya ada maksimum 10 perlawanan dalam satu musim. Saya masih tak faham apa yang difikirkan beliau sehingga sanggup datang bermain di Perancis?”
“Siapa tahu? Keputusan itu mungkin langsung tiada kaitan dengan visi dan ‘passion’ kepada bola sepak. Neymar tidak begitu menarik minat saya. Saya tak pernah menyaksikan perlawanan dia dan PSG sangat.”
“Apa yang saya nak tengok? PSG vs Guingamp? Tak menarik langsung.”
“Nak tanya, adakah Javier Pastore masih bermain di PSG? Saya minat Pastore. Tapi dia jarang bermain. Malangnya saya tak tahu dia masih bermain di sana, sebab saya tak menonton mereka sangat.”
“Macamana pula dengan Hatem Ben Arfa? Dia ada bermain tak? Tak? Ok, sah saya tak akan menyaksikan mereka lagi.”