Pengurus dan pemain Everton, Carlo Ancelotti dan Dominic Calvert-Lewin masing-masing dinamakan sebagai Pengurus dan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan September selepas Everton mempamerkan persembahan cemerlang sejak awal musim ini.
Skuad kendalian pengurus Itali itu telah menang kesemua empat perlawanan dan kini menerajui takhta liga dengan 12 mata selepas menewaskan Tottenham Hotspur, West Bromwich Albion, Crystal Palace dan Brighton & Hove Albion pada awal bulan ini.
Ia sekaligus menjadikan The Toffees sebagai pasukan yang serius untuk menamatkan saingan liga di kedudukan terbaik dan mencapai sasaran mendapatkan slot ke kejohanan Eropah pada musim depan.
Congratulations, @MrAncelotti 🥳
— Premier League (@premierleague) October 9, 2020
The @Everton boss is your @BarclaysFooty Manager of the Month for September#PLAwards pic.twitter.com/RKoZ80hOGq
“Saya sangat gembira, ia pencapaian yang hebat. Kejayaan ini saya akan kongsikan bersama pemain dan pasukan. Kami memulakan musim ini dengan baik dan kamu harap dapat meneruskannya dan memenangi anugerah ini lagi.” ujar Ancelotti dalam laman web rasmi EPL.
“Kuncinya adalah perlawanan pertama ni Tottenham. Kemenangan itu meningkatkan lagi keyakinan kami. Kami juga mendapatkan hasil yang baik dalam pasaran perpindahan. Kami berjaya membawa masuk pemain yang diperlukan dan mereka dapat menyesuaikan diri dengan sangat pantas.
“Sasaran kami kini adalah beraksi di Eropah pada musim depan dan harap dapat terus berada di atas liga selama mana yang boleh.”
Ianya merupakan anugerah pertama yang dimenangi oleh Ancelotti sebagai pengurus Everton dan yang kelima sepanjang kariernya. Empat anugerah sebelum ini diterima ketika beliau mengendalikan Chelsea.
Introducing your September @EASPORTSFIFA Player of the Month…
— Premier League (@premierleague) October 9, 2020
👏 🔷 @CalvertLewin14 🔷 👏#PLAwards pic.twitter.com/ZgoS68qg6x
Dalam pada itu, Calvert-Lewin yang menjaringkan gol pertamanya dalam debut bersama skuad kebangsaan England ketika menewaskan Wales 3-0 tempoh hari menerima anugerah pertamanya selepas menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan pada bulan September.
Pemain berusia 23 tahun itu merekodkan hatrik ketika Everton membelasah West Bromwich Albion 5-2. Pemain Everton terakhir yang memenangi anugerah tersebut adalah Romelu Lukaku pada Mac 2017.
Beliau menewaskan tujuh calon lain iaitu rakan sepasukannya, James Rodriguez, Patrick Bamford, Timothy Castagne, Harry Kane, Tariq Lamptey, Sadion Mane dan Jamie Vardy.
Ancelotti dan Calvert-Lewin mengulangi pencapaian David Moyes dan Phil Jagielkan yang turut menjadi pengurus dan pemain Everton yang memenangi anugerah berkenaan pada bulan yang sama pada Februari 2019.
🔥 @Madders10 🔥
— Premier League (@premierleague) October 9, 2020
This certified 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 wins the September @budfootball Goal of the Month #PLAwards pic.twitter.com/ak4gmDC893
Satu anugerah lagi iaitu, Gol Terbaik EPL Bulan September dimenangi oleh James Maddison yang meladak gol dari jarak jauh ketika membantu Leicester City mengejutkan Manchester City 5-2 di Stadium Etihad.
Kredit Foto: Premier League
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: