Calon Penggempur Baharu Harimau Malaya Kian Berbisa

Calon penyerang baharu Harimau Malaya iaitu Bergson da Silva terus menampilkan aksi cukup menyakinkan apabila beliau terus membuktikan ketajamannya kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terbaharu, Bergson telah pun meledak dua gol untuk menyaksikan JDT berpesta jaringan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia musim 2024/2025.

Pada aksi tersebut, JDT meraih kemenangan 4-0 mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) dan 6-1 secara agregat untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), jelas Harimau Selatan menguasai perlawanan dengan sangat baik selain Bergson sendiri tampil cukup menyakinkan.

Melihat kepada prestasi semasa ditampilkan oleh Bergson, sudah tentu ramai peminat bola sepak Harimau Malaya tidak sabar untuk melihat ketajaman beliau pula selepas ini bersama skuad kebangsaan.

Apa tidaknya, menerusi perkongsian telah dibuat oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dijangka bakal menjadi pemain naturalisasi Malaysia seterusnya untuk jangka masa pendek serta panjang.

Reputasi kedua pemain ini tidak boleh dipertikaikan lagi selepas impak positif telah diberikan mereka sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa musim lalu.

Seperti diketahui, posisi serangan negara antara masih menjadi isu utama dalam kalangan peminat atau pemerhati tempatan yang kurang berpuas hati daripada segi penyudah serta kreativiti walaupun sudah bertukar kejurulatihan.

Konsistensi ditampilkan oleh siri serangan Harimau Malaya kini dianggap masih perlu diperbaiki secara keseluruhan jika mereka mahu melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

Melihat kepada pelan jangka masa pendek, proses menggunakan pemain naturalisasi dianggap cukup ideal kini dengan nama Bergson dan Hidalgo antara cadangan paling bersesuaian buat Malaysia.

Malah, posisi serangan Malaysia kini juga dianggap cukup menyedihkan selepas apa ditampilkan pasukan kebangsaan baru-baru ini sewaktu berdepan Singapura pada kejohanan Asean Championship 2024.

Walaupun dibarisi oleh pemain tempatan muda berkualiti serta naturalisasi seperti Paulj Josue, skuad kebangsaan masih lagi tumpul terutama membabitkan aspek penyudah di pentas antarabangsa.

Ketika ini, sudah tentu ada peminat yang membilang hari kebangkitan semula pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa menerusi revolusi baharu sedang dijalankan.

Semoga kehadiran Bergson dan Hidalgo mampu untuk mengubah motivasi serangan Malaysia menjadi lebih tajam dan cemerlang di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN