Calon Pemain Warisan Indonesia Dapat Panggilan Belanda Wakili Skuad Kebangsaan

Indonesia antara negara yang sangat terkenal menerusi usaha mereka untuk terus menaikkan mutu bola sepak di Asia kini dengan mendaftarkan lebih ramai pemain naturalisasi serta warisan dalam skuad utama.

Sebelum itu, pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong telah menyenaraikan beberapa calon pemain yang sesuai untuk dijadikan naturalisasi serta pemain warisan untuk mengukuhkan skuad kendalian beliau.

Namun, ada juga beberapa pemain yang menolak pelawaan tersebut biarpun mempunyai pertalian darah sebagai rakyat Indonesia atas sebab-sebab tertentu.

Terbaharu, pemain yang menolak untuk menjadi pemain warisan Indonesia iaitu Mees Hilgers sah terpilih sebagai pemain kebangsaan bawah 21 (B-21) Belanda setelah menerima panggilan tersebut pada Jumaat semalam untuk menyertai kem latihan pusat menerusi info CNN Indonesia.

Pertahanan muda itu buat julung kalinya mendapat panggilan tersebut sebagai antara 29 pemain yang bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan tidak lama lagi.

Malah skuad tersebut juga turut menyenaraikan dua nama pemain bintang masa depan mereka iaitu Xavi Simons yang beraksi bersama PSV dan Bjorn Meijer dari Brugge.

Untuk Hilgers, ini merupakan panggilan pertama beliau untuk mewakili skuad kebangsaan, setelah sebelum itu nama pemain muda itu tidak pernah mendapat perhatian.

Pemain tersebut yang kini beraksi bersama FC Twente sebelum ini menjadi perhatian para penyokong Indonesia setelah Tae-yong menyenaraikan nama beliau selaku calon pemain warisan.

Walaupun begitu, Hilgers masih belum menerangkan alasan sebenar pertahanan tersebut yang menolak tawaran itu untuk menjadi pemain warisan Indonesia.

Namun jika dilihat pada usia serta prestasi semasa beliau, jelas Hilgers mempunyai masa depan yang sangat cerah untuk menaikkan lagi karier dirinya bersama Belanda berbanding di Indonesia ketika ini.

Panggilan tersebut dibuat sebagai persediaan Belanda sebelum mengharungi saingan UEFA European U-21 Championship yang bakal berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Selain latihan pusat yang kini sudah pun dijalankan oleh Belanda, mereka turut bakal mengadakan dua aksi persahabatan menentang Belgium dan Romania.

Aksi menentang Belgium bakal berlangsung pada 23 September ini dan empat hari kemudian mereka akan  diuji bersama Romania pula untuk mengukuhkan pasukan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN