Calon Ketua Jurulatih Skuad Malaysia B-19 Jadi Tanda Tanya

Peminat bola sepak tempatan kini tertanya-tanya siapakah yang bakal dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) bagi menggantikan tempat Bojan Hodak yang tidak dilanjutkan kontraknya.

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo, mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ dan membayangkan calon dalaman bakal menjadi pilihan badan induk bola sepak negara itu.

Penolong ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Brad Maloney disebut-sebut sebagai calon utama berdasarkan pengalamannya mengendalikan pasukan B-23 bersama Datuk Ong Kim Swee.

“Saya telah menjelaskan bahawa kami akan melihat calon dari dalaman. Lebih banyak nama telah disebut dan jika ada perkembangan yang dicapai, anda orang pertama kami beritahu,” katanya dalam Stadium Astro.

De Roo turut menjelaskan kriteria utama yang diperlukan FAM adalah setiap jurulatih mempunyai pendekatan yang sama antara satu sama lain.

“Apa yang saya dapat lihat daripada skuad kebangsaan, terdapat banyak pengasingan, termasuk daripada segi corak permainan. Jadi, kami perlu menekankan aspek itu,” katanya.

Bojan Hodak yang masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung bulan Julai itu disahkan bakal meninggalkan pasukan negara selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali kelapan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini telah sebulat suara untuk tidak menggunakan lagi khidmat pengendali dari Croatia itu.

Bulan Mac lalu, Bojan Hodak dikecam hebat oleh beberapa pihak kerana mengkritik sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia selepas skuad bimbingannya tewas dalam saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Sanix di Jepun.

Situasi itu menyebabkan beliau telah diberi surat tunjuk sebab oleh FAM untuk menjelaskan kenyataannya di media yang menimbulkan rasa kurang senang daripada badan induk bola sepak negara itu.

Bagaimanapun, setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam menafikan keputusan pemecatan Bojan Hodak itu ada kena mengena dengan kritikan bekas jurulatih Kelantan itu terhadap sistem pembangunan bola sepak negara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN