Callum Wilson Akhirnya Dipanggil Menyertai Skuad Kebangsaan England

Penyerang Bournemouth, Callum Wilson akhirnya mendapat peluang untuk mewakili skuad kebangsaan England buat kali pertama untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Amerika Syarikat dan Croatia bulan ini.

Pertahanan Everton, Michael Keane, pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek dan penyerang Manchester United, Jesse Lingard turut dipanggil semula oleh pengurus Gareth Southgate selepas tidak berada dalam pasukan pada aksi antarabangsa terakhir sebelum ini.

Pemegang rekod penjaring terbanyak England, Wayne Rooney turut berada dalam skuad bagi aksi persahabatan berdepan AS pada 15 November ini, yang menjadi perlawanan perpisahan buat penjaring terbanyak England itu.

“Callum adalah penyerang yang sudah bersama kami dalam skuad bawah 21 tahun (B-21) hingga kami tahu banyak perkara mengenainya,” kata Southgate pada sidang akhbar, semalam. “Dia mampu memberi ancaman dengan kemampuannya berlari dari belakang pertahanan.

“Dia juga mampu menjaringkan gol atau membuat umpanan dengan mengumpul jumlah jaringan yang banyak musim ini.

“Jadi ia peluang baik untuk kami menilainya dan melihat bagaimana dia sesuai dengan apa yang kami lakukan, selain memberikannya pengalaman beraksi bersama pasukan senior.”

Penyerang berusia 26 tahun itu sudah meledak enam gol dalam Liga Perdana buat Bournemouth musim ini, membantu skuad Eddie Howe melonjak ke tangga keenam dalam carta.

Southgate turut mempertahankan keputusannya menyenaraikan Rooney, yang sudah dua tahun tidak beraksi bersama England, namun akan melengkapkan penampilan ke-120 apabila berdepan AS.

“Banyak perbincangan berterusan mengenai cara untuk memberi penghormatan kepadanya sejak Wayne bersara,” kata Southgate. “Perbincangan mereka bermula 12 bulan yang lalu.

“Saya lebih suka jika penghormatan itu diberikan sebelum Piala Dunia tapi Wayne tidak mahu mengganggu persiapan pasukan ketika itu, jadi sekarang kami mempunyai peluang untuk menunaikan penghormatan itu.

“Saya fikir dia berhak untuk melengkapkan penampilannya selama lebih 10 tahun, enam kejohanan utama dan menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak kami.

“Saya faham ia akan menimbulkan banyak perdebatan dan sangkaan, tapi ia satu cara untuk menghargai sumbangannya.”

Selepas aksi persahabatan berdepan AS, England akan mengharungi aksi Liga Negara Eropah menentang Croatia pada 18 November.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN