Callum Hudson-Odoi Serahkan ‘Transfer Request’ Mahu Sertai Bayern Munich

Koresponden Sky Sports di Jerman – Ronan Murphy – melaporkan bakat prospek Chelsea, Callum Hudson-Odoi sudah menghantar surat minta pindah daripada Chelsea.

Odoi tertarik dengan tawaran yang diterima daripada Bayern Munich. Beliau dilaporkan tidak akan menandatangani kontrak lanjutan di Chelsea kerana mahu berpindah ke kelab gergasi Bundesliga itu.

Bayern Munich sebelum ini sudah menghantar 2 bidaan yang ditolak oleh Chelsea. Bidaan kedua dilaporkan sekitar £20 juta.

CEO Chelsea, Marina Granovskaia dikatakan tidak akan mudah mengalah dengan Bayern Munich. Dan buat masa ini beliau masih yakin dapat memujuk pemain itu kekal. Marina dilaporkan hanya akan menjual Hudson-Odoi dengan harga yang tinggi.

Oleh sebab itu, Bayern Munich dilaporkan sudah menghantar bidaan ketiga bernilai £30 juta kepada Chelsea untuk mendapatkan pemain muda itu.

Chelsea meminta sekurang-kurangnya £40 juta untuk pemain muda itu dan cuba memasukkan klausa beli balik (buy back) di dalam perjanjian itu. Bayern buat masa ini tidak mahu menerima klausa beli balik itu.

Namun Bayern Munich menawarkan pakej bonus atas pencapaian kepada Chelsea, seperti mana yang mereka lakukan dalam kontrak Renato Sanches. Kerisauan Chelsea adalah, Bayern akan menghantar pemain itu ke kelab lain dan menyukarkan mereka untuk menuntut bonus pencapaian itu.

Misalnya, sebelum ini Bayern meminjamkan Renato Sanchez ke Swansea. Dalam klausa bonus menyatakan Bayern Munich akan membayar bonus yang sangat tinggi sekiranya pemain itu membantu Bayern Munich memenangi piala.

Bayern Munich mengenalpasti Hudson-Odoi sebagai calon pengganti Ribery dan Arjen Robben yang sudah menuju ke fasa akhir karier mereka. Sebelum ini mereka sudah mendapatkan Gnabry.

Seterusnya, Marina Granovskaia mahu lebih teliti dalam penjualan pemain muda selepas mereka menjual nama-nama seperti Mohamed Salah, Romelu Lukaku, dan Kevin De Bruyne sebelum ini.

Chelsea akan cuba sedaya upaya untuk memujuk pemain itu kekal. Baki kontrak Hudson-Odoi masih ada 18 bulan lagi. Chelsea dalam pertimbangan untuk memberikan kontrak lumayan kepada Hudson Odoi untuk kekal.

Ramai yang menjangkakan Chelsea mungkin akan cuba mendesak Maurizzio Sarri untuk memberikan lebih banyak minit kepada pemain muda itu.

Agak pelik kerana dalam pra musim, Callum Hudson Odoi merupakan pemain utama Sarri dan cemerlang ketika itu. Namun selepas itu, pemain muda itu tidak mendapat tempat dalam pasukan Chelsea.

Salah satu sebab Hudson-Odoi mahu ke Jerman adalah kerana mendapat motivasi daripada perkembangan rakannya Jadon Sancho di Borussia Dortmund.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN