Calderon: Bale Harus Korbankan ‘Wang’ Demi Karier, Beliau Hanya Pemanas ‘Seat’ Simpanan Real Madrid

Bekas Presiden Real Madrid – Ramon Calderon menyifatkan pembelian Gareth Bale sebagai satu kerugian. Ini kerana pemain sayap Wales itu gagal menepati harapan semua pihak di Real Madrid.

Pada 2013, Real Madrid memecahkan rekod perpindahan dunia untuk mendapatkan Gareth Bale. Namun pemain tersebut dibayangi kecederaan dan jauh sekali bezanya degan Cristiano Ronaldo.

Selepas 6 tahun di Real Madrid, Gareth Bale masih gagal meyakinkan ramai pihak bahawa beliau pemain yang seperti mereka harapkan dengan tag harga itu dahulu.

Lebih malang, Gareth Bale antara pemain yang cuba dilepaskan oleh Real Madrid sama ada secara jualan ataupun pinjaman ke kelab lain.

Namun isu gaji Bale yang terlalu tinggi – Bale sendiri enggan mengurangkan gajinya, jika ada kelab lain berminat; itu turut menjadi penghalang kepada kelab untuk mengeluarkan beliau.

Beberapa hari lalu, ejen beliau mengesahkan anak buahnya masih dengan keputusan untuk kekal di Real Madrid. Jika Real Madrid mahu menjual ataupun meminjamkan beliau ke kelab lain – pastikan beliau mendapat gaji yang sama pada baki kontrak beliau yang dilaporkan lebih £50 juta.

Ramon Calderon berkata: “Itulah masalahnya. Saya simpati dengan Bale. Namun hakikatnya beliau memang tidak menepati harapan semua orang ketika hari pertama melihat beliau di sini.”

“Beliau masih bergelut selepas 6 tahun. Ianya sangat sukar.”

“Zidane sudah menyingkirkan beliau daripada ‘kepalanya’. Ianya jelas sekali – terbukti apabila 2 bulan terakhir Zidane mengambil alih semula – Bale hanyalah pemanas bangku simpanan.”

Calderon kemudian meminta agar Bale mempertimbangkan tentang bola sepak. Mungkin Bale harus menerima pemotongan gaji untuk kembali menikmati bola sepak sebagai pemain utama.

Bagi Calderon, semua ini memerlukan pengorbanan daripada Gareth Bale demi menyelamatkan karier beliau. Bale masih lagi pemain penting untuk negaranya.

“Pada pandangan saya, penyelesaian terbaik adalah pergi ke kelab lain secara pinjaman.”

“Namun kita sendiri mendengar daripada mulut ejen Bale. Katanya lebih tinggi kebarangkalian melihat beliau [ejen Bale] menang Ascot berbanding melihat Bale pergi secara pinjaman.”

“Jadi, situasi ini sangat merumitkan untuk beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN