Cadbury Dan Premier League Umum Kerjasama 3 Tahun

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Cadbury dan Premier League telah mengumumkan menjadi rakan utama untuk tempoh 3 tahun. Ia diumumkan semalam oleh pihak Cadbury dan Premier League. Tajaan 3 musim itu bermula pada musim 2017/18.

Ia sesuatu yang di luar jangkaan semua kerana ia sebuah syarikat pengeluar coklat ataupun konfeksi menaja acara sukan paling popular di dunia.

Cadbury teruja

Pengarah urusan Cadbury Francesco Vitrano menyatakan kerjasama ini sangat mengujakan mereka. Beliau berkata:

“Syarikat kami telah memberikan senyuman ‘manis’ kepada orang di luar sana sejak 100 tahun. Ia bersesuaian dengan EPL yang memberikan kegembiraan kepada ramai orang termasuk detik-detik magis.”

“Semua orang menikmati hari perlawanan dengan orang tersayang, ataupun berdebat tentang gol-gol yang terhasil pada hujung minggu lalu.”

“Kerjasama ini juga membuka peluang yang lebih besar untuk membawakan mereka detik-detik kegembiraan yang baru di dalam hidup dengan cara yang berbeza.”

“Misalnya mereka melihat perubahan itu pada kedai kami, pembungkusan kami dan cara kami bekerja dalam komuniti. Kami mahu ‘mengejutkan’ dan menggembirakan pelanggan kami.”

“Ini adalah satu peluang yang amat menarik untuk dinikmati bersama, kerana jenama Cadbury dan Premier League akan menjadi sebahagian detik indah.”

“Ianya seperti anugerah Golden Boot dan Golden Glove, dan kami tidak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan ini antara Cadbury dan Premier League.”

Utamakan kesihatan

Cadbury pada masa yang sama akan menekankan aspek mengutamakan kesihatan di dalam pemakanan. Mereka akan berkempen dalam program Health For Life untuk komuniti.

Cadbury turut memberikan tumpuan untuk membantu 600,000 pelajar sekolah melalui sesi-sesi yang mereka anjurkan. Ia akan disesuaikan dengan penekanan gaya hidup sihat.

Sambil berseloroh Francesco Vitrano berjanji akan lebih banyak bar coklat percuma diedarkan untuk kanak-kanak.

Ramai juga yang sukar menerima penggunaan Cadbury untuk mempromosi gaya hidup sihat.

Cadbury menaja sukan besar sekali lagi

Ramai yang tidak menyangka EPL akan memilih syarikat konfeksi sebagai rakan utama mereka. Biasanya penganjur sukan tidak begitu gemarkan syarikat konfeksi untuk menjadi rakan utama mereka.

Namun ini bukan pertama kali Cadbury memenangi hak penajaan besar. Mereka turut terlibat dalam penajaan Sukan Olimpik 2012.

Tentang hak penjenamaan kepada Cadbury Premier League, buat masa ini kami di semuanyaBOLA masih belum mendapat sebarang berita tentangnya. Rasanya Cadbury hanya penaja utama.

Ini kerana sebelum ini pihak Premier League enggan menjual nama Premier League kepada penaja bermula musim 2016/17. Namun siapa tahu, mereka akan berubah pendirian maka jadilah Cadbury Premier League.

Baca juga:Cristiano Ronaldo Beri Sokongan Kepada Anak Yatim Piatu Mangsa Serangan ISIS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN