Cadangan Kaji Format Liga Malaysia Sudah Mula Dibangkitkan

Media tempatan semalam melaporkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  agar mengkaji semula format Liga Malaysia (Liga M).

Beliau berkata demikian kerana saingan Liga M kini hanya dibanjiri dengan penyertaan daripada pasukan negeri sahaja.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau mencadangkan supaya pasukan negeri hanya fokus kepada pembangunan akar umbi manakala pasukan kelab bersaing dalam Liga Malaysia.

“Negeri tidak perlu menghantar pasukan menyertai liga dan perebutan piala. Tugas pasukan negeri adalah membangunkan sukan itu manakala tugas kelab pula menyertai pertandingan.

“Jadi, wang negeri tidak perlu digunakan untuk membayar gaji pemain sebaliknya disalurkan untuk menganjurkan pertandingan dan daripada situ, ia dapat membangunkan dan membayar pemain.

“Daripada situ juga, penajaan akan masuk. Selepas itu liga paling tinggi (Liga Super) boleh difrancaiskan berdasarkan stadium berbeza. Jika kamu mulakan dan biar mereka melakukan perkara itu sendiri (dan bukannya persatuan sukan kebangsaan),” katanya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar FOTO: MalayMail

Beliau menegaskan perubahan ke arah struktur liga yang betul akan bermula jika FAM memulakan langkah yang pertama.

“Mengapa tidak mereka memulakan langkah pertama? Individu yang menghadiri mesyuarat adalah individu yang mengundi diri mereka dan mengundi diri sendiri untuk melakukan kerja pembangunan dengan melakukan itu.

“Namun ia akan menjadi sukar kerana jika ego di sana, mereka tidak akan melakukannya.

“Pun begitu, jika mereka berfikir mengenai bola sepak, mereka akan melakukannya.”, jelasnya.

Bercakap mengenai pengstrukturan liga, baru-baru ini Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah menganjurkan taklimat mengenai Liga Divisyen 4 dan Divisyen 5 Malaysia di Shah Alam dengan kehadiran wakil Persatuan Bolasepak Negeri dan juga penganjur liga-liga sosial.

Taklimat tersebut diadakan untuk menjelaskan cadangan struktur liga Malaysia yang akan ditambah kepada 5 divisyen menjelang pada tahun 2020.

Menurut FMLLP, untuk permulaan bagi tahun 2018, 24 liga akan mula dijalankan di setiap negeri yang mana ia akan membentuk Liga M5 (Divisyen 5).

Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri yang bertanding dalam Liga M5 akan ditentukan kemudian.

Struktur piramid Liga Malaysia yang akan mempunyai 5 divisyen.

Bermula pada tahun 2020, proses promosi dan relegasi akan mula berjalan setelah piramid tersebut lengkap sepenuhnya bermula dari LM5 sehingga ke Liga Super (Divisyen 1).

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN