Bolehkah Piala Malaysia Diadakan Dengan Format 32 Pasukan Di Masa Hadapan?

Cadangan saya untuk menambah baik format perlawanan Liga Malaysia adalah kerana saya memandang isu jadual perlawanan yang begitu padat.

Sebagai contoh, dalam masa satu minggu terdapat dua perlawanan bola sepak yang perlu dimainkan oleh setiap pasukan.

Saya mencadangkan bahawa pada musim 2018, seminggu sekali perlawanan yg perlu dimainkan oleh setiap pasukan. Ini juga dapat membantu setiap pasukan mengelak untuk bermain perlawanan yang begitu padat.

Seterusnya, saya mencadangkan bahawa Piala FA Malaysia bagi musim 2018 diteruskan.

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my
Keywords:

Hal ini kerana pertandingan piala ini sudah menjadi satu azam bagi setiap pasukan untuk berusaha lebih lagi demi mencapainya.

Saya juga mencadangkan bahawa format perlawanan Piala FA Malaysia hanya diadakan sekali sahaja bagi bermula dari suku akhir dan separuh akhir seperti format FA Cup di England.

Di sini saya ingin berkongsi contoh lampiran di dalam artikel ini bagi memberi gambaran yang lebih jelas cadangan saya mengenai Liga Malaysia musim 2018.

Cadangan saya ini saya telah emel kepada pihak FAM dan FMLLP dan diharap mereka sudi membaca cadangan saya bagi menambah baik Liga Malaysia.

Lampiran 1

Format jadual perlawanan Liga Malaysia 2018

*Mengikut format Liga Malaysia musim 2017

Liga Super 2018

Jumlah pasukan bertanding: 12 Pasukan

Format perlawanan:  i) Setiap pasukan menentang sesama sendiri di sekali di laman sendiri dan sekali di laman lawan

Jumlah perlawanan: Sesi Perlawanan

Jumlah perlawanan: 132 Perlawanan

Piala FA Malaysia 2018

Jumlah pasukan bertanding: 37 Pasukan

Format perlawanan:

  • i) Format kalah mati
  • ii) Timbal balik bermula di peringkat suku akhir dan separuh akhir

Jumlah pusingan pertandingan: 8 pusingan

  1. Pusingan pertama
  2. Pusingan kedua
  3. Pusingan ketiga
  4. Peringkat suku akhir pertama
  5. Peringkat suku akhir kedua
  6. Peringkat separuh akhir pertama
  7. Peringkat separuh akhir kedua
  8. Peringkat akhir

Jumlah perlawanan: 42 Perlawanan

Piala Malaysia 2018

Jumlah pasukan bertanding: 16 pasukan

Format kejohanan:

  • 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan di dalamnya
  • 2 pasukan terbaik setiap pasukan layak ke suku akhir
  • Peringkat kalah mati diadakan secara timbal balik kecuali peringkat akhir

Jumlah peringkat kejohanan: 11 Sesi Perlawanan

  1. Peringkat Kumpulan (6 perlawanan)
  2. Peringkat suku akhir pertama
  3. Peringkat suku akhir kedua
  4. Peringkat separuh akhir pertama
  5. Peringkat separuh akhir kedua
  6. Peringkat akhir

Jumlah Perlawanan: 53 perlawanan

Contoh cadangan penjadualan Liga Malaysia 2018

* Tarikh yang digunakan adalah tarikh pada tahun 2018

Januari: 

  • Jendela perpindahan pemain 1 (pra-musim)
  • Liga Malaysia belum dimulakan ketika ini

Februari:

  • 3 perlawanan Liga Super diadakan pada 3 Feb, 10 Feb dan 17 Feb
  • 1 perlawanan Piala FA Malaysia diadakan pada 24 Feb

Mac:

  • 4 perlawanan Liga Super diadakan pada 3 Mac, 10 Mac, 17 Mac dan 31 Mac
  • 1 perlawanan Piala FA Malaysia diadakan pada 24 Mac

April:

  • 3 perlawanan Liga Super diadakan pada 7 Apr, 14 Apr dan 28 Apr
  • 1 perlawanan Piala FA Malaysia diadakan pada 21 Apr

Mei: 

  • 2 perlawanan Liga Super diadakan pada 5 Mei dan 12 Mei

Jun: 

  • 2 perlawanan suku akhir Piala FA Malaysia diadakan pada 23 Jun dan 30 Jun

Nota: Bulan Ramadan pada 2018 jatuh pada 17 Mei hingga 15 Jun. Tempoh itu juga disaran dijadikan sebagai jendela perpindahan pemain ke-2.

Julai: 

  • 2 perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia diadakan pada 7 Jul dan 14 Jul
  • 2 perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA Malaysia diadakan pada 21 Jul dan 28 Jul

Ogos:

  • Perlawanan akhir Piala FA Malaysia diadakan pada 4 Ogos
  • 2 perlawanan Liga Super diadakan pada 11 Ogos dan 18 Ogos
  • 1 perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia diadakan pada 25 Ogos

September:

  • 3 perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia diadakan pada 1 Sep, 22 Sep dan 29 Sep
  • 2 perlawanan Liga Super diadakan pada 8 Sep dan 15 Sep

Oktober:

  • 2 perlawanan Liga Super diadakan pada 6 Okt dan 13 Okt
  • 2 perlawanan suku akhir Piala Malaysia diadakan pada 20 Okt dan 27 Okt

November:

  • 4 perlawanan Liga Super pada 3 Nov, 10 Nov, 17 Nov dan 24 Nov

Disember:

  • 2 perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada 1 Dis dan 8 Dis
  • Perlawanan akhir Piala Malaysia pada 15 Dis

Nota Tambahan

Perlawanan Liga Perdana dan Liga FAM juga mengikut jadual perlawanan Liga Super, namun ia diadakan sehari lebih awal daripada perlawanan Liga Super.

Cadangan alternatif format Piala FA Malaysia & Piala Malaysia

Piala FA Malaysia 2018

Pasukan bertanding: Semua pasukan di Liga Super, Liga Perdana & Liga FAM

Jumlah pasukan bertanding: 40 pasukan

Format kejohanan:

  • Perlawanan kalah mati dengan undian dilakukan
  • Tiada timbal balik di semua peringkat
  • Stadium Shah Alam sebagai lokasi perlawanan separuh akhir dan akhir

Peringkat kejohanan: 6 peringkat

  • Pusingan pertama – Hanya pasukan Liga FAM akan bertemu sesama sendiri
  • Pusingan kedua – 12 pasukan Liga Super, 12 pasukan Liga Perdana dan 8 pasukan Liga FAM akan bertemu sesama sendiri
  • Pusingan ketiga – 16 pasukan
  • Peringkat suku akhir
  • Peringkat separuh akhir
  • Peringkat akhir

Jumlah perlawanan: 39 perlawanan

Piala Malaysia 2018 (Cadangan A)

Pasukan bertanding: 32 pasukan dari Liga Super, Liga Perdana dan 8 pasukan terbaik Liga FAM selepas 15 perlawanan

Format kejohanan:

  • 32 pasukan dibahagi kepada 8 kumpulan dengan 4 pasukan di dalamnya
  • Aksi timbal balik di semua peringkat kecuali peringkat akhir
  • 2 pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat seterusnya

Peringkat kejohanan:

  • Perlawanan peringkat kumpulan (6 perlawanan)
  • Pusingan kalah mati pertama
  • Pusingan kalah mati kedua
  • Peringkat suku akhir pertama
  • Peringkat suku akhir kedua
  • Peringkat separuh akhir pertama
  • Peringkat separuh akhir kedua
  • Peringkat akhir

Jumlah perlawanan: 103 perlawanan

Kedah merupakan juara Piala Malaysia 2016.

Piala Malaysia 2018 (Cadangan B)

Pasukan bertanding: 24 pasukan dengan pasukan Liga Super, 6 pasukan teratas Liga Perdana sehingga perlawanan ke-11 dan 6 pasukan terbaik Liga FAM selepas 15 perlawanan

Format kejohanan:

  • 24 pasukan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terisi 4 kumpulan didalamnya
  • Aksi timbal balik diadakan kecuali untuk perlawanan akhir sahaja
  • 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati
  • 4 pasukan tempat ketiga terbaik turut akan layak

Jumlah peringkat kejohanan:

  • Perlawanan Peringkat Kumpulan (6 perlawanan)
  • Pusingan kalah mati pertama
  • Pusingan kalah mati kedua
  • Peringkat suku akhir pertama
  • Peringkat suku akhir kedua
  • Peringkat separuh akhir pertama
  • Peringkat separuh akhir kedua
  • Peringkat akhir

Jumlah perlawanan: 79 perlawanan

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Syahmi Aqmar. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN