Sekiranya AFC Mewujudkan AFC Nations Cup, Bagaimana Perjalanannya?

Tempoh hari, UEFA secara rasminya mendedahkan perjalanan Nations League yang bakal bermula musim 2018-19. Pastinya peminat bola sepak serata dunia akan teruja dengan kejohanan yang dianggap naskhah baru dalam sukan ini.

Tetapi bagaimana kejohanan ini dianjurkan seperti ini di Asia?  Bagaimana versinya?

Gambaran

Negara anggota Konferendasi Bola Sepak Asia mengikut zon. Sumber: Wikipedia.

Asia mempunyai 46 negara anggota yang dibahagikan kepada 5 zon. Zon-zon tersebut ialah zon Timur, Tenggara dan Tengah. Begitu juga zon Selatan dan Barat. Kekecualian kepada zon Tengah, setiap zon mempunyai kejohanan serantau sendiri.

AFC boleh menggunakan Member Association (MA) ranking untuk menyusun pasukan manakah yang akan beraksi dalam Liga A, B, C dan D.

Liga A bakal menempatkan 4 kumpulan. Setiap kumpulan bakal dihuni oleh 3 Member Association (MA). Ini bererti 12 ranking teratas MA akan beraksi dalam Liga A.

Liga B pula menempatkan 12 pasukan yang diagihkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai 3 pasukan. 12 pasukan yang berkedudukan kedua terbaik MA akan diletakkan dalam Liga B.

Liga C juga menempatkan 12 pasukan ketiga terbaik dalam MA. Sebagaimana Liga A dan Liga B, setiap liga akan mempunyai 4 kumpulan yang dihuni oleh 3 pasukan setiap satu.

Baki 10 MA akan diletakkan ke dalam Liga D. Liga D boleh membentuk dua kumpulan yang dihuni oleh 5 pasukan bagi setiap satu kumpulan.

Format

Infografik yang menggambarkan cadangan AFC Nations Cup.Setiap pasukan akan mengharungi perlawanan ‘round-robin’ dalam setiap kumpulan. Juara kumpulan di Liga A akan beraksi di perlawanan separuh akhir yang akan menentukan juara Nations League.

Juara-juara kumpulan di Liga B akan dinaikkan ke Liga A. Manakala pasukan tercorot bagi setiap kumpulan Liga A akan diturunkan ke Liga B.

Begitu juga juara-juara Kumpulan Liga C akan dinaikkan ke Liga B. Pasukan tercorot  setiap kumpulan Liga C akan diturunkan ke Liga D.

Namun begitu, juara dan naib juara kumpulan dalam Liga D akan dinaikkan ke Liga C.

Andainya diwujudkan sekarang

Sekiranya mengambil kira ranking MA terkini pada September 2017, berikut merupakan kedudukan bagi setiap liga.

Liga A: UAE, Korea Selatan, China, Qatar, Arab Saudi, Jepun, Iran, Australia, Uzbekistan, Thailand, Iraq, Malaysia.

Liga B: Hong Kong, Syria, India, Vietnam, Tajikistan, Jordan, Kuwait, Bahrain, Filipina, Lubnan, Singapura, Indonesia.

Liga C:  Myanmar, Turkmenistan, Oman, Maldives, Palestin, Korea Utara, Kyrgyzstan, Laos, Kemboja, Bangladesh, Yaman, Chinese Taipei.

Liga D: Afghanistan, Bhutan, Nepal, Macau, Brunei, Guam, Timor Leste, Sri Lanka, Mongolia, Pakistan

Adakah menjejaskan kalendar antarabangsa?

Nepal menjuarai AFC Solidarity Cup edisi pertama pada tahun ini.

Sebenarnya tidak sama sekali sekiranya kalendar antarabangsa diatur sebaiknya. Ia membantu MA negara kecil untuk meraih perlawanan antarabangsa.

Malah, ia boleh dilaksanakan selepas kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

Ya, tanpa bergantung sangat kepada kejohanan serantau atau AFC Solidarity Cup. Boleh juga peraturan menempatkan pemain yang beraksi di liga negara sendiri layak bermain di AFC Nations League (seperti CAF African Championship).

Malah, perlaksanaan zon Barat dan Timur juga boleh diaplikasikan bagi mengelakkan perjalanan jauh seperti AFC Champions League dan AFC Cup.

Apakah pendapat anda semua? Semoga idea ini dapat dilaksanakan pada suatu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN