Cabul Hak Asasi Manusia, Kesatuan Sekerja Heret FIFA Ke Mahkamah

Piala Dunia 2022 di Qatar sering mengundang kontroversi.

Ia bermula sejak FIFA mengumumkan Qatar bakal menjadi tuan rumah untuk kejohanan itu.

Pemilihan Qatar juga mengundang masalah apabila mereka mahu melangsungkan kejohanan itu pada musim sejuk kerana mahu mengelak cuaca panas yang melampau ketika musim panas di Qatar.

Kali ini, FIFA dilibatkan pula dengan kesalahan mencabul hak asasi manusia.

Pekerja mati di tapak pembinaan

Kesatuan Sekerja Belanda (FNV) dan juga seorang buruh kasar dari Bangladesh telah bersatu untuk membawa FIFA ke mahkamah di Switzerland.

Hal ini kerana mereka mendakwa FIFA telah mencabul hak asasi manusia kepada buruh kasar yang bekerja di kawasan pembinaan untuk stadium yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2022.

qatar-stadium-014-1

Sejak dianugerahkan hak tuan rumah 6 tahun yang lalu, pelbagai insiden melibatkan buruh kasar dilaporkan.

Kerajaan Qatar sendiri telah mengupah peguam pada 2013 selepas memperoleh bukti dimana 1200 orang buruh kasar mati di kawasan pembinaan stadium untuk Piala Dunia 2022.

Selain daripada itu 2 orang juga terkorban di lokasi yang sejak 2 bulan lepas.

Tindakan undang-undang yang dilakukan oleh FNV terhadap FIFA ini belum lagi mendapat respon terbuka daripada FIFA.

Namun mereka secara tertutup menafikan bertanggungjawab kepada kematian buruh-buruh berkenaan.

FIFA mengatakan mereka tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di kawasan pembinaan serta persekitarannya.

Gaji terlalu kecil

Bagi buruh kasar yang bekerja di kawasan pembinaan stadium Piala Dunia 2022, hidup mereka tidak semudah yang disangka.

Jika mereka bukan menjadi korban di tempat kerja, mereka akan terseksa untuk membayar yuran kepada agensi pekerjaan mereka.

Geert-Jan Knoops (gambar bawah) yang merupakan seorang profesor undang-undang antarabangsa di Universiti Armsterdam pernah meluangkan masa dengan sekumpulan buruh kasar yang berkerja di kawasan pembinaan stadium Piala Dunia 2022 ini.

img_mcgt1geert_jan_2_1_tb1a31h

Sebahagian daripada mereka berkata mereka perlu menggunakan wang gaji mereka sebagai buruh kasar untuk membayar kepada agensi perkerjaan yang membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Apa yang memburukkan lagi keadaan, yuran yang perlu mereka bayar kepada agensi pekerjaan tersebut lebih tinggi dari gaji yang mereka dapat!

Kebanyakkan daripada mereka juga berkata mereka menyesal pergi ke Qatar berkata sambil menyatakan mereka tidak akan ke sana jika mengetahui keadaan sebenar lebih awal.

Bagi Knoops, apa yang berlaku di Qatar ini merupakan tindakan halus sahaja dari FIFA. Namun masih lagi boleh dikenakan tindakan undang-undang jika mahu.

Qatar pada bulan Disember tahun lepas telah menggubal satu undang-undang yang memerlukan pekerja luar mendapatkan ‘exit visa’ untuk mengawal pergerakan keluar masuk buruh di Qatar.

Namun bagi Liesbeth Zegveld yang merupakan peguam yang menguruskan kes ini merasakan tindakan Qatar menggubal undang-undang itu seolah-olah memberi ruang kepada majikan untuk menjadikan pekerja mereka sebagai ‘harta’ mereka sendiri.

“Majikan boleh mengawal mereka sesuka hati mereka. Majikan boleh tentukan mereka bila mereka boleh makan, tidur, mandi dan sebagainya. Ini perhambaan moden.

Baca juga: Carlos Queiroz Kutuk Qatar, Dakwa Qatar Tiada Identiti Kerana 14 Pemainnya Warga Asing

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN