Cabaran Sebenar Terengganu Menanti Di Thailand

Selepas mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu, pasukan Liga Super iaitu Terengganu akan meneruskan siri pra-musim mereka di Bangkok, Thailand.

Tiga perlawanan telah pun diatur dengan menentang dua pasukan dari Thailand serta satu dari China. Pra-musim tersebut akan bermula pada 30 Januari hingga 3 Februari 2020.

Menurut laman The Star Online, siri jelajah Thailand ini merupakan peluang terbaik untuk kesemua pemain import Terengganu diuji dengan ujian sebenar.

Hal ini kerana, sebelum ini mereka tiba dengan keadaan belum cergas sepenuhnya dengan Lee Tuck yang masih dalam proses untuk pulih ketika itu misalnya.

“Sebelum ini, pemain import yang tiba masih lagi dalam keletihan selepas mengharungi musim yang panjang bersama-sama bekas pasukan mereka.”

“Jadi aksi persahabatan di Kuala Lumpur adalah lebih kepada untuk mencari kecergasan pemain. Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk mereka diuji dengan lawan yang lebih kuat,” kata jurulatih, Nafuzi Zain.

“Pasukan-pasukan di Thailand adalah cukup kompetitif dan ianya dapat memaksa para pemain untuk berikan yang terbaik dalam perlawanan ini.”

Terengganu akan berhadapan dengan Police Tero diikuti dengan Suphanburi sebelum bertemu dengan Tianjin Teda pada perlawanan terakhir jelajah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN