But Pemain Terbaik Dunia (Bahagian Dua)

Semalam kami ada hasilkan artikel bahagian satu untuk but pemain terbaik dunia, pemain-pemain seperti Lionel Messi, Zlatan Ibrahimovic, Mesut Ozil dan Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang berada dalam senarai tersebut.

Baca artikel tersebut di sini: But Pemain Terbaik Dunia (Bahagian Satu)

Hari ini kami akan memberikan anda artikel bahagian dua untuk but pemain terbaik dunia. Pemain-pemain yang tersenarai dalam bahagian dua ialah Wayne Rooney, Neymar Junior, Marco Reus dan Diego Costa.

Wayne Rooney

fbfbfbfbfbfbfb

Pada 2013 Rooney memakai Nike Total90 Laser IV sebelum bertukar kepada Hypervenom Phantom yang direka khas untuk ketangkasan selain mengekalkan kuasa dan kelajuan di atas padang. Perlawanan menentang Slovenia di kelayakan Euro 2016 tahun lepas mencatatkan penampilan ke 100 Rooney menyarung jersi The Three Lions, dengan itu Nike mereka but khas yang tertera nombor 100 sebagai simbolik pencapaian tersebut.

Model yang digunapakai pada waktu itu adalah Nike Hypervenom Phantom Hyper Crimson (White x Atomic Orange). Model Hypervenom yang telah dilancarkan sejak Jun 2013 menggunakan material NikeSkin yang ringan dan lembut pada kasut, membolehkan si pemakai membuat turning, memecut dan mencengkam permukaan padang dengan pantas.Selain Rooney, Neymar danDaniel Sturridge juga memakai Hypervenom.

ronry

Neymar Junior

dfgfdgdfgdfgdf

Neymar sudahpun mencecah usia 8 tahun sebagai duta Nike. Dia yang menandatangani kontrak bersama Nike (tamat pada 2022) pernah memakai but yang sangat terhad iaitu Nike Green Speed semasa sukan Olimpik London 2012..Sedikit berbeza berbanding Hypervenomyang dimiliki Rooney, Nike Hypervenom Liquid Diamond Neymar punyai kisah tersendiri. Minat Neymar terhadap berlian memberi inspirasi buat Nike untuk mereka susunan warna yang unik.

“kami temui inspirasi menerusi cara Neymar bermain dan personaliti beliau” kataMax Blau,Timbalan Presiden Nike Football Footwear.

“Dia menembusi pertahanan dengan gaya seperti air mengalir di celah batu. Dan saat itu lah kami mula menampilkan corak cecair berlian pada but tersebut”.

Kanvas bertekstur dari material Nikeskin yang digunakan padaHypervenom ini meningkatkan dimensi warna yang melambangkan peribadi Neymar yang ceria dan berani.

neymar

Marco Reus

ghgfhfghfgh

Sejak dilancarkan sejak awal 2014, Marco Reus menjadi testimonial but Puma EvoSPEED yang mula mendapat tempat di pasaran ini. EvoSPEED, but berprestasi tinggi yang menampilkan inovasi terkini PUMA yang membantu pemain untuk bergerak secara pantas dan tangkas. Dibuat daripada bahan mikrofiber yang sangat tipis dan lembut, ia pastiinya memudahkan pengendalian dan reaksi yang lebih baik.

Dengan Teknologi GripTex yang digunapakai pada permukaan but, bola akan mudah dikawal dalam pelbagai keadaan cuaca. Menurut Reus, dia memerlukan but yang memerlukan dia bergerak pantas dan EvoSPEED adalah pilihan terbaik selain harus mengembalikan semula prestasinya selepas dibelenggu kecederaan.

resusasds

Diego Costa
dedfedede

Pemain kontroversi yang juga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Diego Costa menghadapi sedikit isu mengenai but yang dipakainya. Spekulasi tercetus apabila Costa dilihat memakai but Adidas Adizero F50 serba putih yang dilabelkan sebagai “unbranded” dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuklah menentang PSG dalam perebutan slot ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Adidas yang mengikat kontrak bersama Costa sejak setahun lalu sudahpun melancarkan koleksi terbaru Adidas 2015 awal tahun ini iaitu Adidas F50 Adizero 2015 Leather (Solar Red) dan Costa telah memakainya semasa bertemu Hull City baru baru ini. Untuk mencipta rupa yang serba baru,Adidas menyusun semula 3 jalur putih yang biasanya berada di atas/tepi but ke bahagian tumit dan ‘lidah’.

Permukaan atas but yang menampilkan imej 3D seakan kulit ular ini diperbuat dari lapisan HybridTouch berfungsi untuk kawalan bola yang optimum, juga sentuhan bola pada kelajuan tinggi dalam pelbagai keadaan cuaca.Hmm jika Costa masih memakai but putih “ubranded” tersebut, adakah itu petandaCosta akan meninggalkan Adidas ?

Baca: Kenapa Bunga Merah Diletakkan Di Jersi Diego Costa?

Artikel ini merupakan sumbangan salah seorang pembaca kami iaitu Khairul Ahmad. Khairul Ahmad boleh dihubungi di email beliau [email protected].

Kami mengalu-alukan anda untuk menghantar hasil karya berkenaan bola sepak ke [email protected].

kredit featured image: soccerbible.com
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN