Bury FC Terkubur Selepas 125 Tahun

Lembaga Pengarah EFL telah memutuskan bahawa Bury FC disingkirkan daripada Liga Bola Sepak Inggeris. Ini selepas satu perbincangan yang panjang dilakukan mereka.

Bury FC gagal untuk mengemukakan beberapa dokumen pada ‘deadline’ 5 petang, 27 Ogos 2019.

Pemilik Bury, Steve Dale, meminta agar tempoh itu dilanjutkan, bagi mengumpulkan beberapa bukti bahawa kelab tersebut masih mampu bertahan dengan usaha untuk mendapatkan pemilik kelab yang baharu. Namun ianya ditolak oleh EFL.

Pada 24 Ogos yang lalu, lembaga pengarah EFL sudah memberikan kelonggaran dan menambah hari untuk Bury FC beroperasi. Ini bagi membolehkan Steve Dale mencari pemilik yang baharu.

Namun selepas beberapa hari, mereka masih gagal untuk memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak untuk pemilikan yang bahar.

Lembaga Pengarah EFL sebulat suara, dengan berat hati terpaksa menyingkirkan Bury FC daripada keahlian EFL.

Bury FC berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal.

Dengan penyingkiran oleh Bury FC daripada League 1, ini bermakna hanya ada 23 pasukan sahaja yang akan beraksi. Jumlah pasukan yang tersingkir akan dikurangkan kepada 3.

CEO Liga Bola Sepak Inggeris, Debbie Jevans menganggap ianya sebagai hari paling gelap dalam liga. Ini kerana Bury merupakan kelab yang sudah ditubuhkan pada 125 tahun yang lalu.

Bury menyertai Liga Inggeris pada 1894, 9 tahun selepas kelab itu ditubuhkan. Mereka menang Piala FA 1900 dan 1903.

Bury menjadi pasukan pertama disingkirkan daripada League 1 sejak Maidstone pada 1992.

EFL terpaksa mengambil tindakan itu kerana integriti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN