Seperti amalan biasa untuk musim baharu, setiap pasukan akan melancarkan jersi untuk memulakan saingan mereka.
Pelbagai pasukan telah melancarkan jersi untuk saingan Liga Malaysia dan ramai telah memberikan respon. Ada yang berasakan cantik, tidak kurang juga yang berasakan biasa-biasa saja.
Akan tetapi, ada juga yang berasakan jersi baharu untuk Liga Malaysia ini buruk terutamanya bagi Kuala Lumpur City (KL City).
Juara Piala Malaysia 2021 ini telah melancarkan jersi baharu mereka untuk musim baharu dengan menjadikan Li-Ning sebagai penaja.
Jenama yang sinonim dengan sukan badminton itu mencipta kejutan apabila bersetuju untuk menjadi pengeluar jersi bagi skuad Warga Kota itu.
Akan tetapi, respon yang diterima mereka daripada penyokong adalah kurang baik malah ada yang mengecam KL City.
“Buruk,” tulis Amirul Shafik Yusri dengan penuh ringkas tapi padat.
“Nak main bola ke badminton KL ni?,” soal Fox Denger yang keliru.
Malah, ada juga penyokong yang berkata lakaran jersi tersebut adalah templat biasa yang dikeluarkan Li-Ning dan ianya boleh didapati mudah di laman atas talian.
“Jersi ni RM31.50 je dekat Shoppe. Berapa KL City nak jual ni? Kalau mahal memang ramai yang beli dekat Shopee je lah. Dah tahun 2023 dah ni,” soal Taufik Zainal.
“Jersi musim sebelum ni cukup lawa tapi kenapa musim ni buruk?,” soal Long Nakno.
Akan tetapi, ada juga yang mempertahan corak jersi tersebut dengan menegaskan tahun pertama memang sukar untuk dapatkan lakaran yang istimewa.
“Tahun pertama memang kebanyakan penaja tak akan buat jersi khas untuk sesebuah pasukan kecuali penaja dari Malaysia,” tulis Zulkifli Muhammad.
“Smart jersi KL City tahun ini. Kalau nak banding dengan sebelum ni, smart lagi musim ni,” kata Saiful Bahri.
Adakah jersi KL City musim ini adalah yang terburuk dalam kalangan 14 pasukan Liga Super? Tinggalkan komen anda.