Di mana pasukan Asia Tenggara yang lain ketika Buriram sedang meraikan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terakhir ACL 2018. Mungkin itu persoalan yang berlegar dalam kepala kita.
Kemenangan ke atas Jeju United menerusi jaringan tunggal separuh masa kedua oleh Korrakot Wiriyaudomsiri, membolehkan mereka memintas Cerezo Osaka untuk menduduki tangga ke-2 kumpulan G.
Buriram awalnya dianggap pasukan bukan pilihan dalam kumpulan ini yang menempatkan Guangzhou Evergrande, Jeju United dan Cerezo Osaka. Tetapi telahan itu silap.
Sepanjang kempen ACL 2018, Buriram telah menunjukkan karakter mereka yang kompetitif. Mereka seri 1-1 dengan Guangzhou Evergrande pada perlawanan pembukaan di tempat lawan.
Pada perlawanan ke-2 mereka tewas 0-2 di tangan Jeju United di tempat sendiri. Mereka mengejutkan Cerezo Osaka di tempat sendiri pada perlawanan ke-3.
Cerezo gagal membalas dendam pada perlawanan ke-4, diikat 2-2 oleh Buriram. Dalam perlawanan ke-5 mereka seri 1-1 sekali lagi dengan Guangzhou Evergrande.
Kemenangan ke atas Jeju United pada perlawanan ke-6 membolehkan mereka memintas Cerezo Osaka yang tewas di tangan Evergrande.
🎉 Congratulations to Guangzhou Evergrande and Buriram United for qualifying for the #ACL2018 Round of 16! pic.twitter.com/mdF8vtlPtS
— #ACL (@TheAFCCL) April 17, 2018
Ini adalah ulangan kepada pencapaian cemerlang mereka pada musim 2013, apabila mara ke pusingan kalah mati, 16 pasukan terakhir. Lawan mereka selepas ini adalah juara kumpulan E.
Satu perjalanan yang indah untuk kempen mereka kali ini. Lawan mereka di peringkat 16 akhir bukan mudah.