Burger ‘Misteri’ Mendarat Di Pusat Latihan Curi Perhatian Colchester United

Pusat latihan merupakan ‘pejabat’ kepada pemain bola sepak. Di situlah mereka akan berkampung untuk menjalani rutin sebagai pemain.

Jarang sekali kisah-kisah melucukan di pusat latihan dipaparkan. Apatah lagi jika melibatkan kelab kecil dan kurang dikenali.

Jatuh dari langit

Segalanya bermula apabila seorang Youtuber bernama Tom Stanniland meletakkan burger dibelinya di dalam sebuah bungkusan. Bungkusan itu bersama sebuah kamera GoPro yang dilengkapi penjejak navigasi.

Kemudiannya, Stanniland mengikat bungkusan itu di udara melalui bantuan belon udara. Belon udara itu dipercayai terbang setinggi 24 batu di ruang udara Britain.

Apabila belon udara itu pecah, burger itu mendarat di sebuah tempat tidak disangka-sangka. Burger itu tidak hancur berderai malahan ia mendarat di padang latihan Colchester United.

Nasib burger ‘terbang’

Para pekerja di Colchester United dikejutkan dengan kehadiran burger yang muncul entah tiba dari udara. Kemudiannya, akaun rasmi kelab tersebut telah memaparkan tweet mengenai burger tersebut.

Apabila diketahui oleh Stanniland di mana lokasinya, beliau bergegas meninggalkan Sheffield menuju ke Colchester. Jarak Sheffield ke Colchester ialah lebih 100 batu.

Sebelum itu, Stanniland sendiri telah menghubungi kelab itu untuk mengambil makanannya. Syukurlah, kelab itu tiada masalah untuk membantu bagi menunaikan kerja nakalnya itu.

Coret nama

Matt Hudson, pegawai media di Colchester United menceritakan bahawa mereka tidak tahu burger dan peralatannya itu milik siapa. Tetapi, mereka gembira untuk membantu Stanniland menjayakan misi itu.

Hudson sendiri mengakui ia dapat melonjakkan nama kelab kecil itu supaya dikenali. Walaupun peristiwa burger jatuh dari langit merupakan perkara luar biasa!

Tahukah anda bahawa Stanniland telah memuatnaik video di sebalik tabir peristiwa ini di Youtube. Kira-kira lebih 400 ribu penonton telah menonton video tersebut.

Malah, McDonald turut menaja jamuan makanan kepada Colchester United selepas peristiwa itu menjadi tular di Twitter.

Tagar #spaceburger telah menjadi popular pada peristiwa yang berlaku pada 28 Mac lalu.

Stanniland yang menggunakan nama akaun Killem sebenarnya mempunyai lebih 2.7 juta pengikut di Youtube. Tidak hairanlah pihak pengurusan Colchester bersikap terbuka!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN